RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 11 Jun 2023

Pembuat Ekzos Bersetuju membuat Ekzos yang Tidak Boleh Diubahsuai

Ada di kalangan kita penggemar motosikal yang akan menukar ekzos motosikal kita atas sebab-sebab tertentu tetapi Kesatuan Pembuat Ekzos Eropah (European Association of Motorcycle Manufacturers - ACEM) telah merangka suatu peraturan baharu bagi ekzos pasaran selepas jualan (aftermarket).

Antara sebab yang ekzos ditukar ialah: Untuk membuatkan motosikal berbunyi dengan lebih kuat dengan anggapan pengguna jalanraya yang lain perasan terhadap kehadiran kita; ada yang mengganggap ia dapat membantu enjin menjadi lebih berkuasa (ini hanya benar jika ECU motosikal dilaras semula); mencatikkan motosikal; serta meringankan motosikal. Namun ada ekzos yang terlalu bising dan menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan. Hakikat ini menjadi amat ketara di negara-negara Eropah di mana mereka turut mempunyai radar ekzos bising, seperti radar untuk mengesan kenderaan yang melebihi had laju. Tindakan ini dilihat akan merosakkan industri ekzos pasaras lepas jualan Eropah.

Oleh yang demikian, ahli-ahli ACEM mahu membuat ekzos yang lebih senyap. Pada masa kini, kebanyakan ekzos aftermarket dipasangkan dengan komponen di dalam peredam ekzos yang dipanggil "dB killer" ("dB" bermaksud "decibel" iaitu unit sukatan bunyi) yang boleh ditanggalkan dengan cara membuka skru atau dikisar dengan senang, bagi menjadikan ekzos berbunyi lebih kuat. Peraturan ACEM yang baharu ini akan membuat sesuatu peredam bunyi ekzos itu rosak habis jika dB killer cuba dibuang. Selain daripada itu, peredam bunyi serta sistem ekzos aftermarket yang baharu akan dihantar untuk mendapatkan sijil piawaian dan diluluskan oleh pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum dijual.

Buat pengetahuan anda, ACEM terdiri daripada pembuat-pembuat ekzos yang terkemuka seperti Akrapovic, Arrow, Giannelli, Lafranconi, LeoVince, MIVV, dan SC Project.

Adakah pihak berkuasa Malaysia dapat menerima ekzos-ekzos ini kelak? Pada masa ini, mereka akan mengeluarkan saman jika ekzos motosikal telah ditukar, tanpa mengambil kira sama ada senyap atau bising.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700