RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 20 Jun 2023

Helmet GIVI 50.9 ATOMIC Dilancarkan di Malaysia

Anda inginkan topi keledar jenis full-face (muka penuh) dengan harga marhaen? Penantian anda sudah tamat kerana helmet full-face GIVI 50.9 Atomic telah dilancarkan di Malaysia baharu-baharu ini.

Ia merupakan sebuah topi keledar sport-touring dengan ciri-ciri yang lebih sporty seperti bentuk yang aerodinamik serta spoiler belakang. Walaupun begitu, topi keledar ini tetap mempunyai pemakaian yang lebih selesa berbanding dengan topi keledar jenis sporty atau untuk kegunaan di dalam perlumbaan. Selain daripada itu, ia juga mempunyai pad pipi yang boleh ditarik keluar dengan cepat oleh anggota khidmat kecemasan.

Walaupun begitu, ia dilengkapi dengan visor anti silau matahari dalaman (sunvisor), serta pengikat jenis micrometric (yang berklik, bukan pengikat D-ring berkembar). Buat pengetahuan anda, topi keledar yang dibenarkan untuk kegunaan di atas litar diwajibkan mempunyai pengikat jenis D-ring.

Antara ciri utama topi keledar GIVI 50.9 Atomic ialah liang kemasukan udara, khususnya yang di atas. Liang-liang ini bersaiz besar bagi mengalirkan lebih banyak udara agar kepala pemakai kekal selesa. Liang udara di bahagian dagu pula  direka untuk mengalirkan udara dengan lebih efisyen.

Visor utamanya lutsinar (tidak berwarna) tetapi setiap pembelian disertakan dengan satu visor gelap atau berwarna. Visor ini juga mempunyai sistem menguncinya agar ia tidak senang terbuka, selain daripada memastikan kedapan udara dan air. Visornya juga mempunyai butang-butang untuk mendekapkan selaput Pinlock untuk mencegah kabus (Pinlock dijual berasingan). Terdapat juga sebuah penutup dagu di bahagian bawah bagi mengurangkan kemasukan angin dan air.

Topi keledar ini telah lulus piawaian ECE R22.06 (UN R22.06) terbaharu. Syarat-syarat kelulusan untuk piawaian ini amat rumit dan mencabar, tetapi helmet dapat lulus itu bermaksud ia lebih selamat dan selesa apabila digunakan. Buat pengetahuan anda, piawaian baharu ini bukan sahaja menguji ketahanan dan kekuatan cengkerang sesuatu topi keledar, malah bagi semua bahagian sesebuah topi keledar. Contohnya, visor hendaklah menahan daripada ditembus oleh objek yang terbang pada 290km/j, serta memberikan kualiti optikal yang baik (tidak beralun-alun).

Topi keledar GIVI 50.9 Atomic boleh didapati daripada saiz M ke XXL, dan dalam 4 pilihan warna yang menarik iaitu Atomic White Blue Red, Atomic Titanium Silver Blue, Atomic Black Silver Red dan Atomic Black Silver. Berkenaan harganya, pihak GIVI Asia berkata mereka hendak melihat lebih ramai penunggang motosikal menggunakan helmet yang berkualiti baik tetapi pada harga yang berpatutan. Oleh itu, helmet ini berharga RM735.00 dan berada di dalam pasaran mulai Jun 2023. Sila layari www.givi.com.my untuk mendapatkan butiran lanjut.

Isu Pada

Ogos 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.