RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 3 Mei 2025

Peserta RXZ Fighter Maut Dalam Nahas Tiga Motosikal

Kuala Terengganu - Seorang penunggang motosikal maut manakala dua yang lain cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah motosikal berlanggar sesama sendiri di Kilometer (KM) 430 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT), dekat Kuala Terengganu pagi semalam.

Menurut Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.45 pagi berkenaan kemalangan maut yang melibatkan tiga buah motosikal jenis Yamaha RXZ.

Mangsa berumur 31 tahun iaitu Mohamad Faizal Adam Azhar disahkan maut di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa iaitu Muhammad Zarul Asyraf dan Muhammad Arif Che Mahisan yang masing-masing berumur 26 tahun dan 29 tahun mengalami cedara parah.

Melalui siasatan awal, motosikal yang ditunggang oleh penunggang berusia 29 tahun itu telah dilanggar dari belakang oleh motosikal ditunggang Mohamad Faizal ketika bergerak lurus di lorong kecemasan.

Akibat pelanggaran itu, motosikal yang berlanggar tersebut terus menggelungsur ke hadapan dan merempuh motosikal yang ditunggang oleh Muhammad Zarul Asyraf.

Ketiga-tiga motosikal terjatuh dan terseret di atas jalan dan motosikal milik penunggang 31 tahun itu tercampak ke dalam longkang konkrik.

Pihaknya turut memaklumkan, kesemua mangsa merupakan peserta RXZ Fighter yang dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke program tersebut di Kuantan, Pahang.

Mangsa yang maut di hantar ke unik forensik HSNZ untuk tindakan lanjut. Manakala dua penunggang yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dapatkan rawatan.

KEs disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.