RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 6 Ogos 2025

Lebih 1500km perjalanan dengan GIVI M37.0 Grande

Dalam dunia permotoran yang semakin berkembang, pemilihan topi keledar bukan sekadar hanya dari sudut gaya tetapi paling utama ialah soal keselamatan dan keselesaan. GIVI, jenama yang tidak asing lagi di kalangan penunggang Malaysia, kini tampil dengan satu lagi inovasi menarik iaitu topi keledar baru, M37.0 Grande.

Topi keledar 'open-face' ini direka khusus untuk memenuhi keperluan penunggang harian di bandar mahupun untuk pengembaraan jarak jauh.

Apa yang membuatkan M37.0 Grande menonjol ialah pematuhan kepada piawaian keselamatan ECE 22.06, satu peningkatan ketara dari standard terdahulu. Ini membuktikan komitmen GIVI dalam memastikan setiap penunggang dilindungi dengan teknologi terkini.

Dari segi rekaan, M37.0 Grande menampilkan reka bentuk moden dan bergaya, dengan lapan pilihan warna termasuk empat warna grafik yang mencuri perhatian. Bukan itu sahaja, helmet ini dilengkapi dengan visor berganda – visor lutsinar luar serta sun visor dalaman, memberikan fleksibiliti maksimum ketika menunggang dalam pelbagai keadaan cuaca.

Selepas menunggang pada jarak 1,500 kilometer dengan Grande, kualiti topi keledar ini memang wajar mendapat pujian. Ia sangat selesa/senyap walaupun ketika dalam kelajuan lebih daripada 170kmj. Pengudaraan juga tidak diabaikan. Tiga saluran udara yang direka dengan teliti memastikan aliran udara yang baik, mengelakkan rasa panas dan tidak selesa, terutamanya ketika cuaca tropika yang lembap.

Bahagian dalaman pula menggunakan material antibakteria yang boleh ditanggalkan dan dicuci, menjadikan M37.0 Grande pilihan ideal bagi mereka yang mementingkan kebersihan dan keselesaan.

Tambahan pula, helmet ini hadir dengan sistem pengancing micrometric, yang membolehkan pemakaian dan pelepasan helmet dengan mudah – satu kelebihan penting bagi penunggang yang kerap berulang alik ke tempat kerja.

Dengan harga bermula dari RM360 hingga RM400, GIVI M37.0 Grande menawarkan nilai yang sangat kompetitif untuk sebuah topi keledar dengan ciri keselamatan tinggi, rekaan premium, dan keselesaan maksimum. Ia bukan sekadar pelindung kepala – tetapi lambang gaya hidup aktif dan bijak dalam dunia permotoran.

Jika anda seorang penunggang bandar atau mereka yang suka pengembaraan yang menghargai keselesaan, gaya dan keselamatan pada satu masa, GIVI M37.0 Grande sememangnya pilihan yang patut dipertimbangkan! Kunjungi GIVI Point Kuala Lumput, GIVI Point Pulau Pinang atau GIVI Point JB untuk melihat dengan lebih dekat. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.