RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Oktober 2025

MFORCE OIL: Kolaborasi Strategik MFORCE dan PETRONAS

Bersempena Mforce Mid-Autumn Gala yang berlangsung di Courtyard Kuala Lumpur South, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah memperkenalkan jenama minyak pelincir baharu iaitu Mforce Oil, yang dibangunkan melalui kerjasama strategik bersama PETRONAS.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. serta Mohd Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd.

CEO Petronas Lubricants, En. Zameer 'dua dari kiri' memegang replika botol pelincir Mforce Oil bersama COO Mforce Bike, En. Asri Ahmad.
CEO Petronas Lubricants, En. Zameer 'dua dari kiri' memegang replika botol pelincir Mforce Oil bersama COO Mforce Bike, En. Asri Ahmad.

Mforce Oil ditawarkan dalam lapan (8) variasi minyak pelincir yang memenuhi keperluan motosikal pelbagai segmen:

Kerjasama antara Mforce dan PETRONAS ini bertujuan untuk menyediakan minyak pelincir berkualiti tinggi yang bukan sahaja memenuhi piawaian antarabangsa, tetapi juga memastikan prestasi enjin motosikal tahan lebih lama, efisien serta mesra alam.


Mforce Oil Powered by PETRONAS diformulasikan menggunakan teknologi pelincir terkini daripada PETRONAS, sekali gus menjamin prestasi dan kebolehpercayaan yang tinggi. Sebagai produk tulen yang dibangunkan khusus untuk Mforce, formulasi ini menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh Mforce dengan menggabungkan teknologi aditif canggih serta minyak asas berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan enjin yang optimum dan kecekapan maksimum.

Mforce Oil bakal diedarkan melalui rangkaian pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia, sekaligus memberi nilai tambah kepada pelanggan dengan produk premium yang dijamin kualiti serta kebolehpercayaannya.

Dengan pelancaran Mforce Oil, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. melangkah setapak lagi ke hadapan dalam industri permotoran dengan matlamat untuk menjadi peneraju dalam segmen minyak pelincir motosikal tempatan. Kerjasama erat bersama PETRONAS diyakini akan membuka lebih banyak peluang inovasi dan pembangunan produk baharu pada masa akan datang. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.