RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 6 Februari 2026

Kasut LS2 Torrent Dilancarkan - RM369

LS2 Malaysia terus mengukuhkan rangkaian kelengkapan menuggang dengan melancarkan kasut menunggang terbaharu iaitu LS2 Torrent. Kasut ini direka buat penunggang yang gemarkan mengembara serta tunggangan harian.

Kasut ini dibina menggunakan lapisan luar 3D polyester mesh dan TPU bagi memastikan pengudaraan optimum untuk keselesaan kaki sepanjang perjalanan. LS2 Torrent merupakan kasut kalis air sehingga 10,000mm H₂O, sekali gus menjadikan pilihan ideal untuk tunggangan pelbagai jenis cuaca.

Dari segi keselesaan, Torrent dilengkapi pelapik dalam ergonomik yang menyerap peluh serta membantu mengekalkan kesegaran kaki walaupun pakai dalam tempoh yang lama. Ciri tali quick-release turut disertakan bagi memastikan padanan lebih kemas dan memudahkan proses pemakaian serta menanggalkan kasut dengan cepat.

Aspek keselamatan turut diberi perhatian menerusi pelindung buku lali IPA bersepadu, selain bahagian jari kaki dan tumit yang diperkukuh bagi meningkatkan rintangan impak serta ketahanan jangka panjang. Untuk meningkatkan keterlihatan ketika menunggang pada waktu malam atau dalam keadaan cahaya rendah, jalur reflektif ditempatkan pada bahagian tumit dan sisi kasut.

Cengkaman yang mantap disumbangkan oleh tapak luar dwi-ketumpatan, memberikan kestabilan lebih baik ketika menunggang mahupun berjalan di pelbagai jenis permukaan. Kasut ini juga dilengkapi puller bagi memudahkan pemakaian.

LS2 Torrent (kod MG039 / LG039) hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Light Grey, Black dan Green. Kasut menunggang ini ditawarkan pada harga RM369 dan sudah boleh didapati di pengedar sah LS2 terpilih di seluruh Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.