RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 9 Februari 2026

Topi Keledar LS2 OF628 COMPASS Dilancarkan - Bermula RM388

Selain memperkenalkan empat produk terbaharu, LS2 Malaysia juga telah melancarkan topi keledar open face iaitu LS2 OF628 COMPASS. Dari segi harga LS2 OF628 COMPASS ditawarkan pada RM388 untuk warna plain manakala RM399 bagi versi grafik.

OF628 COMPASS menampilkan sistem pengudaraan yang direka untuk kegunaan harian di cuaca panas dan lembap. Ia dilengkapi lubang udara masuk di bahagian atas serta lubang udara keluar di belakang.

Grafik
Grafik
Plain
Plain

Selain itu, topi keledar ini juga turut dilengkapi visor dalaman untuk memudahkan pengguna menunggang pada waktu tengah hari. Menariknya, komponen visor ini adalah universal dan serasi dengan beberapa model popular LS2 seperti FF808, FF800, OF620, FF807 dan FF817, menjadikannya mudah dari sudut penyelenggaraan dan penggantian.

Seiring keperluan penunggang moden, OF628 COMPASS direka Bluetooth Ready dengan ruang pemasangan khas untuk set kepala komunikasi. Helmet ini turut mempunyai port modul profesional bagi memudahkan pemasangan sistem interkom. Bagi sistem pengikat, model ini menggunakan Sistem Ratchet yang sama seperti OF618 VERSO II, yang terkenal dengan kemudahan penggunaan serta tahap keselamatan yang tinggi.

Bahagian dalaman helmet menggunakan fabrik Gred A Premium dengan corak rhombic jacquard, memberikan sentuhan mewah serta keselesaan sepanjang perjalanan. Ruang dalaman helmet juga boleh ditanggalkan sepenuhnya dan dibasuh, termasuk pad kepala, pad pipi dan pelapik tali dagu.

Dari segi padanan kepala, LS2 menawarkan:

  • Saiz M hingga 4XL
  • Enam jenis lapik dalaman
  • Dua saiz pad pipi
  • Lima saiz EPS berbeza

Terdapat getah penglihatan suntikan berkembar yang meningkatkan prestasi kedap cuaca, sekali gus membantu mengelakkan kebocoran air ketika menunggang dalam hujan. Helmet ini turut direka mesra pengguna bagi penunggang yang memakai cermin mata, dengan laluan khas pada bahagian dalaman bagi memudahkan pemakaian cermin mata tanpa tekanan berlebihan pada pelipis, sekali gus meningkatkan keselesaan sepanjang tunggangan.

LS2 OF628 COMPASS menerima pensijilan ECE R22.06, iaitu piawaian keselamatan terkini Eropah yang lebih ketat berbanding standard sebelumnya. Pensijilan ini melibatkan ujian impak, kestabilan serta perlindungan menyeluruh bagi memastikan tahap keselamatan maksimum kepada penunggang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.