RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 13 April 2017

Mendaki Gunung Berapi Nevado Ojos del Salado Dengan Metzeler MC 360

Dari sifar ke 5,900 meter di atas paras laut di bawah 24 jam.... Capai ketinggian maksimum 5,960 meter dengan jentera dua silinder ...Cecah 5,977 meter dengan motosikal bawah 24 jam …..

Tiga fakta di atas merupakan satu rekod baru dunia yang berjaya dicapai oleh tayar offroad terbaru dari Metzeler iaitu Metzeler MC 360 yang dilengkapkan pada Honda Africa Twin dan CRF450RX. Kejayaan ini telah disempurnakan oleh sepasukan penunggang hebat yang diketuai oleh Ketua Bahagian Ujian Tayar Metzeler, Salvo Pennisi, Ketua Komunikasi Bahagian Perlumbaan Honda, Carlo Fiorani, Juara Enduro, Fabio Mossini serta dua orang wartawan permotoran iaitu Francesco Catanese dan Karsten Schwers.

Fabio Mossini.
Fabio Mossini.

Metzeler MC 360 telah melalui fasa terakhir ujian dengan menyusuri satu perjalanan yang ekstrim di Gunung Berapi Nevado Ojos del Salado yang terletak di antara sempadan Chile dan Argentina. Ia merupakan gunung berapi tertinggi dunia dengan 6,891 meter dan di sinilah kelima-lima penunggang hebat ini berjaya mencipta rekod yang amat mengagumkan.

Perjalanan bermula pada 24 Februari lalu di Copiapo, ibu negeri Atacama, Chile tanpa bantuan alat pernafasan oksigen. Selepas lima hari pendakian, seorang daripada penunggang dan seorang daripada juruteknik sokongan telah diarahkan untuk menghentikan ekspedisi ini kerana telah menunjukkan simptom acute altitude sickness. Mereka terpaksa mengharungi pelbagai jenis jalan dan muka bumi sejauh 30 kilometer, untuk tiba di tapak perkhemahan iaitu di Laguna Verde yag berketinggian 4,300 meter. Kesemua tayar-tayar Metzeler terus mencengkam dengan baik tanpa memberi sebarang masalah.

Pada 4 Mac, mereka bersama-sama tekad untuk memulakan pendakian walaupun suhu berada -5O. Mereka mengendalikan jentera masing-masing dengan kemas untuk menguji kadar cengkaman tayar baru Metzeler ini di atas permukaan ais dan di atas permukaan batu gunung berapi yang kasar.

Salvo Pennisi.
Salvo Pennisi.

Rekod pertama berjaya dilakukan oleh Francesco, Fabio dan Karsten yang menunggang Honda Africa Twin manakala Salvo Pennisi pula menunggang CRF450RX dan Africa Twin (bertukar-tukar). Mereka bermula di paras laut dan berjaya tiba di ketinggian 5,900 meter hanya dalam masa 22 jam dan 20 minit.

Rekod kedua pula dicipta oleh Fabio Mossini yang berjaya mengerahkan jenteranya dan Metzeler MC 360 ke paras setinggi 5,960 meter, ketinggian maksima yang pernah dicapai oleh sebuah jentera dua silinder. Rekod ketiga juga dilakukan secara individu oleh Ketua Bahagian Ujian Metzeler sendiri iaitu Salvo Pennisi yang berjaya tiba ke ketinggian 5,977 meter bersama CRF450RXnya. Ia merupakan rekod untuk paras paling tinggi yang pernah dicapai oleh sebuah motosikal dalam masa 22 jam dan 40 minit.

Pengembaraan ini sememangnya menguji keupayaan dan ketahanan Metzeler MC 360 di tahap paling tinggi. Keadaan permukaan jalan yang ekstrim, suhu di antara -40O hingga -15O ketika merentasi Desert of Copiapo menuju ke Andes. Dengan kejayaan ini, Metzeler berjaya membuktikan keupayaan produknya untuk dinikmati oleh para penunggang motosikal di seluruh dunia.

Menurut South East Asia Auto Parts Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Metzeler di Malaysia, model MC 360 ini akan berada di pasaran negara kelak. RR

Isu Pada

April 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.