RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Mac 2020

Yamaha Lagenda 115Z Edisi GP

Bersempena dengan pusingan akhir perlumbaan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2019, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) tidak melepaskan peluang memperkenalkan model Yamaha Lagenda 115Z GP edisi terhad dengan kemasan corak PETRONAS Yamaha SRT di litar Antarabangsa Sepang. Reka corak tersebut telah diinspirasikan daripada jentera YZR-M1 yang digunakan oleh Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli dari pasukan PETRONAS Yamaha SRT dalam perlumbaan MotoGP.

Dari kiri: En. Hoo Wan Tim, Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Dato' Jim Khor, Dato' Razlan Razali & En. Shinsuke Yamaura di majlis pelancaran Yamaha Lagenda 115Z edisi GP.
Dari kiri: En. Hoo Wan Tim, Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Dato' Jim Khor, Dato' Razlan Razali & En. Shinsuke Yamaura di majlis pelancaran Yamaha Lagenda 115Z edisi GP.

Majlis pelancaran pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato’ Jim Khor bersama Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad, Dato' Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato' Razlan Razali.

Seperti dengan model sebelum ini, enjin pada jentera tersebut masih sama. Yamaha Lagenda 115Z edisi terhad ini dijana dengan enjin bersesaran 113.7cc, SOHC, silinder tunggal dengan sistem suntikan bahan api mampu menawarkan kuasa maksimum 7.4kW pada 7,750rpm dan tork 9.9Nm pada 6,500rpm yang dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan.

Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan adalah fork teleskopi, penyerap hentak berganda, panel meter yang menarik, brek jenis cakera di hadapan, pelindung kunci, tangki bahan api 4.1 liter, ruang simpan barang bawah pelana, tinggi pelana 765mm, tayar-tayar bersaiz 70/90-17 (depan) dan 80/90-17 (belakang).

Model edisi terhad ini hanya akan berada di pasaran negara sebanyak 5,000 unit sahaja. Yamaha Lagenda 115Z edisi GP boleh didapati pada harga RM5,580 pada pertengahan bulan Disember dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Apa yang menarik, setiap pembelian didatangkan dengan sijil pemilikan khas dari HLYM. RR

Isu Pada

Januari 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.