RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Disember 2020

Rawtech Bike Werks Services Pakar Aksesori Tambahan Motosikal

Bagi penggemar dunia motosikal lasak atau pencinta pengembaraan, pastinya kita ingin melengkapkan motosikal kesayangan dengan bar pelindung yang berkualiti tinggi serta braket rak kotak barang yang tegap sebelum memulakan perjalanan. Insiden seperti kemalangan atau motosikal terjatuh sememangnya berlaku hampir di mana-mana sahaja tidak kira di jalanan lasak atau pun hanya di ruang parkir di rumah, jika motosikal kita tidak dilengkapkan dengan bar pelindung, bahagian-bahagian tertentu akan tercalar, kemik atau rosak. Untuk itu, crashbar sememangnya penting.

Untuk dapatkan rekabentuk yang sesuai dengan jenis motosikal yang dimiliki serta daya tahan yang tinggi, Rawtech Bike Werks Services menyediakan perkhidmatan mencipta, membuat dan mengeluarkan aksesori motosikal mengikut kehendak serta citarasa pengguna seperti besi perlindungan (crashbar protection), rak muatan (luggage rack) dan sebagainya. Rawtech Bike Werks Service beroperasi di Jalan Bayu Permai 5, Taman Bayu Permai, Rawang Selangor dan ia beroperasi setiap hari (kecuali hari Jumaat) dari jam 10 pagi hingga 7.00 malam.

“Nama Rawtech ini dipilih dengan menggabungkan Raw (bahan mentah) + Tech (teknologi) dan lebih menarik apabila syarikat ini pula terletak di RAWang. Satu kebetulan! Ok begini, kebanyakan bar pelindung yang berada di pasaran mempunyai rekabentuk yang standard. Satu rekabentuk untuk kegunaan beberapa jenis motosikal. Ia berkemungkinan sesuai untuk model A tetapi kurang sesuai untuk model B. Di sini, saya akan membuat bar pelindungan atau aksesori lain seperti braket kotak barang, secara custom mengikut bentuk asal sesebuah motosikal itu,” terangkan En Azis.

Rawtech mula beroperasi pada Julai 2017 dan berkat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, syarikat milik Abdul Azis bin Abdul Latif ini terus berkembang dengan jayanya. En. Azis juga terkenal dengan panggilan Jit Tiger Merah kerana suatu ketika dulu, dia merupakan salah seorang pemilik awal jentera Triumph Tiger yang ketika tu segmen motosikal pengembaraan dimonopoli oleh para penunggang BMW.

En. Azis sedang memasang braket untuk telefon pintar.
En. Azis sedang memasang braket untuk telefon pintar.

“Para pelanggan saya datangnya dari seluruh Malaysia dan paling ramai datangnya dari Lembah Klang. Kebanyakan para pelanggannya adalah untuk membuat aksesori tambahan seperti pelindung enjin, bar pelindung dan pelindung pelincir. Ada juga yang inginkan rekaan lebih unik seperti tempat meletak tangan untuk pembonceng.”

Jit Tiger akan membuat rekaan mengikut bentuk sesebuah model itu dan selepas mendapat persetujuan daripada pemilik barulah proses berikutnya dijalankan. Untuk memberi kadar perlindungan yang tinggi, En. Azis menggunakan carbon steel yang telah terbukti kukuh, kuat dan tahan lasak. Dengan ketebalan carbon steel itu, tahap perlindungan lebih terjamin walaupun untuk rekaan bersaiz sederhana. Selepas semua proses pembentukan siap, aksesori tersebut akan dihantar untuk powder coating yang memerlukan masa sekitar satu atau dua minggu.

Rak muatan yang dihasilkan oleh Rawtech Bike Werks Services cukup kemas.
Rak muatan yang dihasilkan oleh Rawtech Bike Werks Services cukup kemas.

Untuk membuat rak muatan pula, lambakan aksesori dari China menyebabkan ramai penunggang motosikal memilih untuk membeli aksesori tambahan ini kerana harganya murah. Sayangnya aksesori itu hanya untuk pemasangan universal iaitu untuk semua jenis motosikal, satu produk boleh dipasang pada beberapa jenis model dengan menggunakan kaedah lubang tetapi apabila berlakunya kemalangan atau terjatuh, ia cepat rosak dan tidak lagi sempurna seperti sediakala.

Ini amat berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh Rawtech. Selain menggunakan bahan yang bertegaran tinggi, En. Azis akan membuat braket rak muatan ini mengikut bentuk motosikal yang dibawa. Di sinilah kreativiti dan pengalaman luas En. Azis amat diperlukan agar hasilnya cantik, kemas dan tahan lasak.

Antara motosikal para pelanggan yang sedang dilengkapkan dengan aksesori tambahan.
Antara motosikal para pelanggan yang sedang dilengkapkan dengan aksesori tambahan.

“Bagi mereka yang ingin menukar motosikal, kami juga boleh membina semula atau mengubahsuai braket kotak barang asal kepada bentuk yang baru – mengikut kesesuaian model dan paling penting semuanya dibuat di Rawtech. Contohnya pemilik A dahulunya memiliki sebuah Suzuki V-Strom tetapi kini akan membeli BMW GS pula, untuk mengurangkan kos, kami akan transform mengikut bentuk BMW pula. Para pelanggan harus meninggalkan motosikal di bengkel kerana pihak Rawtech hanya akan membuat braket kotak barang ini khas untuk satu-satu jentera sahaja.”

Proses untuk menyempurnakan sesebuah rekaan itu bergantung kepada jenis motosikal, bentuk dan permintaan tuan punya motor. “Kami harus menyiapkan segala pesanan dengan teliti kerana ia berkaitan dengan daya tahan aksesori dan keselamatan penunggang. Sebabnya motosikal pengembaraan sekarang pun sangat laju.... lebih daripada 200 km/j, jika tidak dibuat dengan baik, memang bahayakan nyawa.”

Bar perlindungan dibuat mengikut rekabentuk tangki sesebuah motosikal.
Bar perlindungan dibuat mengikut rekabentuk tangki sesebuah motosikal.

En. Azis juga menerima tempahan untuk membuat bar pemegang untuk telefon pintar, sistem GPS dan lampu spot. Untuk pemegang telefon, En. Azis membuat rekaan yang lebih pratikal, selamat dan lengkap dengan soket pengecas. Rawtech turut menyediakan perkhidmatan menukar tayar biasa kepada tayar jenis tubeless dengan jaminan pembuatan selama setahun.

“Saya mula kenal Rawtech pada tahun 2018 dengan membuat pemasangan crashbar, braket kotak sisi dan braket telefon pintar. Sepanjang pengenalan ini, saya amat berpuas hati dengan hasilnya,” kata Haji Wan Mahadi dari Shah Alam yang menunggang BMW F800 GS.

Tapak rak muatan perlu dibuat dengan teliti agar tahan lasak.
Tapak rak muatan perlu dibuat dengan teliti agar tahan lasak.

Sememangnya motosikal kita perlu dilindungi, kotak barang perlu dipasang pada braket yang tahan lasak dan semuanya itu boleh dimiliki dengan membawa jentera anda ke Rawtech. En Azis boleh dihubungi di talian 0123358458. RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.