RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2016

BMW Motorrad RR Experience Track Day

BMW Group Malaysia telah menganjurkan BMW Motorrad RR Experience Track Day pada 5 Oktober lalu dengan memberi peluang kepada para pemilik dan wakil media merasai dan menikmati kemantapan jentera supersport terulung iaitu S 1000 RR di Litar Antarabangsa Sepang. Selain daripada model sport itu, para peserta seramai 100 orang turut diberi peluang menguji beberapa lagi model terbaik BMW seperti S 1000 XR, R 1200 GS, S 1000 R dan R Nine T.

“Ini merupakan peluang kepada para pelanggan kami dan tetamu jemputan pihak pengedar BMW untuk menerokai potensi sebenar jentera kami yang tidak dapat dilakukan di jalan raya biasa. Di sini, mereka akan dapat bermotosikal dengan selesa serta menimba ilmu daripada tenaga pengajar BMW untuk meningkatkan tahap tunggangan kepada yang lebih tinggi,” kata Ketua BMW Motorrad, En. Owen Riley.

En. Owen Riley turut hadir memeriahkan acara.
En. Owen Riley turut hadir memeriahkan acara.

BMW telah menyediakan tiga orang tenaga pengajar yang berkaliber iaitu En. Remon Azrem, En. Nasaruddin Md Yusop dan Wong Kah Keen. Ketiga-tiga mereka telah menunjukkan cara-cara menunggang yang betul, posisi terbaik ketika membuat miringan, cara penggunaan gear dengan tepat dan pemilihan sistem elektronik yang sesuai dengan kemampuan penunggang.

Demonstrasi penggunaan sistem traction control oleh En. Remon.
Demonstrasi penggunaan sistem traction control oleh En. Remon.

Sesi menunggang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kecekapan. Tenaga pengajar akan memimpin terlebih dahulu sekurang-kurangnya dua lap untuk menunjukkan laluan terbaik di litar sepanjang 5.54 kilometer ini. Kemudian, para pelumba dibenarkan untuk menguji jentera-jentera yang ditunggangi.

Pengalaman berharga buat En. Lim Fang Xian.
Pengalaman berharga buat En. Lim Fang Xian.

RR ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat BMW Group Malaysia atas kesudian menjemput kami untuk bersama-sama bergembira di litar ini. Kami berpeluang menunggang BMW S 1000 RR yang sememangnya sebuah jentera yang cukup-cukup hebat. Seperti yang sedia maklum, model ini (S 1000 RR) diperkenalkan pada tahun 2015 dan merupakan gabungan hebat di antara rekabentuk yang agresif, enjin berprestasi tinggi, casis yang inovatif dan teknologi saspensi yang mengagumkan.

Mohd Shahril Izzat tidak melepaskan peluang untuk menunggang di litar SIC.
Mohd Shahril Izzat tidak melepaskan peluang untuk menunggang di litar SIC.

Untuk menawarkan tunggangan yang berkualiti, S 1000 RR ini juga dilengkapi dengan teknologi keselamatan seperti Dynamic Traction Control (DTC), ABS, Cruise Control, Automatic Stability Control (ASC), Launch Control, Dynamic Damping Control (DDC) dan banyak lagi.

Dengan adanya sistem HP Gear Shift Assist Pro, kita dapat menggunakan gear-gear dengan pantas dan ini memudahkan untuk masuk/keluar di setiap selekoh di litar SIC. Posisi menunggang yang dinamik turut menjadikan kita mampu membuat miringan dengan pantas dan meyakinkan. Kemantapan jentera-jentera BMW ini terus kekal di laluannya dengan selamat dan ia turut disumbangkan oleh tayar-tayar Pirelli Super Corsa yang dipasang pada motosikal ini. Ia mencengkam dengan cemerlang sekali dalam semua keadaan.

Ini merupakan masa terbaik untuk menguji kehebatan jentera BMW.
Ini merupakan masa terbaik untuk menguji kehebatan jentera BMW.
Inilah masanya untuk dapatkan tips terbaik cara menunggang di SIC daripada En. Nasaruddin (kiri).
Inilah masanya untuk dapatkan tips terbaik cara menunggang di SIC daripada En. Nasaruddin (kiri).

Dengan bantuan dan tunjuk ajar En. Nasaruddin, tunggangan semakin lama semakin baik dan inilah yang menyebabkan menunggang di litar boleh memberi 'ketagihan'. Untuk maklumat lebih lengkap mengenai model ini, sila dapatkan RR keluaran September 2015 dari pejabat kami.

Selepas tujuh lap bersama S 1000 RR, kami melompat pula ke atas model lasak, S 1000 XR yang sememangnya mempunyai prestasi yang mengagumkan. RR telah menguji kebolehan XR (keluaran September 2016) ini di pelbagai jenis lokasi dan tempat tetapi bukanlah di litar seperti ini. Ternyata untuk meratah 15 buah selekoh di SIC bukan perkara yang sukar buatnya. Dengan pelbagai jenis talaan elektronik dan sistem keselamatan, dua lap sudah cukup untuk kami menambahkan lagi pujian dan kata-kata positif buat S 1000 XR ini.

En. Nasaruddin bersama S 1000 RRnya.
En. Nasaruddin bersama S 1000 RRnya.
Antara model-model BMW yang dipamerkan sempena ‘trackday’ istimewa ini.
Antara model-model BMW yang dipamerkan sempena ‘trackday’ istimewa ini.

“Ini merupakan tahun kedua saya menunggang S 1000 RR dan ia adalah motosikal pertama milik saya. Saya menggemari model ini kerana ia mudah dikendalikan walaupun untuk penunggang baru dan dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini yang cukup mantap. Program anjuran BMW ini amat baik sekali dan ini merupakan kali pertama saya ke SIC. Saya menimba banyak ilmu dan pengalaman hari ini. Setiap kali masuk dan keluar kembali ke litar, saya dapat rasakan kualiti tunggangan saya semakin baik dan semakin pantas,” komen Lim Fang Xian dari Kuala Lumpur.

Seorang lagi pemilik S 1000 RR, Mohd Shahril Izzat yang baru bertukar dari menunggang sebuah jentera naked turut berpendapat bahawa penganjuran ini cukup menarik sekali. Selain dapat menikmati tunggangan di SIC, tunjuk ajar yang diberikan oleh para 'guru' amat membantu sekali. Pastinya dia dan seluruh pemilik dan pencinta mesin BMW berharap agar program seperti ini akan dapat diteruskan di masa akan datang. RR

BMW R Nine T turut disediakan untuk ditunggang uji.
BMW R Nine T turut disediakan untuk ditunggang uji.



 

Isu Pada

November 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.