RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Januari 2021

Zeeho Cyber, Skuter Elektrik Dari CFMOTO

Pengeluar motosikal global, CFMOTO telah bakal melangkah lebih jauh dalam dunia dua roda dengan pengenalan kepada skuter elektrik pertama mereka iaitu Zeeho Cyber. Model konsep skuter elektrik ini didatangkan dengan enjin elektrik 10kW dan tork 213Nm yang memberi pecutan tertinggi sekitar 118km/j.

Pakej bateri lithium berkuasa 4kWh yang boleh bertahan pada jarak perjalanan sejauh 128 kilometer dan ia boleh dicas sehingga 80% hanya dalam masa 30 minit. Bateri yang dilengkapkan pada skuter ini juga sesuai untuk persekitaran yang melampau (-20c hingga 55c). Model ini juga dilengkapkan dengan sistem kunci pintar dan brek-brek Brembo beserta ABS.

Dari segi rupanya pula, skuter ini tampak futuristik, moden dan lain daripada yang lain. Bahagian hadapannya kemas, tajam dan disempurnakan dengan lampu Neon LED yang cukup terang. Jentera konsep itu juga dilengkapkan dengan lampu belakang LED, papan meter digital, sistem WiFi, Bluetooth, GPS untuk navigasi dan sistem kawalan suara.

Menerusi sistem 'Just Ride', penunggang ditawarkan dengan tiga mod tunggangan iaitu Eco, Street dan Sport. Menurut CFMOTO, pihak akan memulakan produksi untuk Zeeho Cyber pada pertengahan tahun 2021 dan kita berharap skuter moden ini akan memasuki pasaran negara selewat-lewatnya 2022. Zeeho Cyber memang 'cun' habis, moden dan menarik. RR

Isu Pada

Februari 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.