RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2016

Yamaha Lifestyle Point Dilancarkan Di Kuantan

Untuk mempertingkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan, Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah merasmikan pusat pameran dan cawangan terbaru di Kuantan, Pahang yang digelar sebagai 'Yamaha Lifestyle Point'. Pusat ini juga adalah pertama sepertinya yang diperkenalkan di Malaysia.

Dari kiri: En. Koh Eng Chan, En. Nobuhide Ito, Dato’ Jim Khor, En. Shinsuke Yamaura, En. Say Leup Yin dan En. Voon Yin Kong menyempurnakan majlis pelancaran.
Dari kiri: En. Koh Eng Chan, En. Nobuhide Ito, Dato’ Jim Khor, En. Shinsuke Yamaura, En. Say Leup Yin dan En. Voon Yin Kong menyempurnakan majlis pelancaran.


Menurut Dato' Jim Khor, Pengarah Urusan HLYM, pusat ini dibuka untuk mempertingkatkan servis dan perkhidmatan lepas jualan, pengedaran alat ganti dan penjualan barangan rasmi Yamaha. Ia juga digunakan sebagai pusat latihan dan sesi taklimat. Bangunan dua tingkat ini bersaiz 20m x 20m ini mempunyai rekabentuk luaran dan dalaman yang kemas, terkini dan selesa.

Yamaha Lifestyle Point menggabungkan keghairahan dalam dunia motosikal dan muzik.
Yamaha Lifestyle Point menggabungkan keghairahan dalam dunia motosikal dan muzik.
Ruang pameran motosikal yang diatur dengan cantik dan kemas.
Ruang pameran motosikal yang diatur dengan cantik dan kemas.


Pusat pameran ini menghimpunkan pelbagai model Yamaha yang terdiri daripada moped, skuter dan jentera berkuasa tinggi. Selain itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan pakaian-pakaian berjenama Yamaha dan peralatan muzik serba baru.


Untuk memeriahkan lagi suasana perasmian Yamaha Lifestyle, Karnival 'Customer Day' telah dianjur untuk menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan, servis percuma dan potongan harga bagi barangan terpilih. Ternyata 'pesta' ini berjaya mengumpulkan ramai pencinta motosikal khususnya Yamaha untuk berhibur disamping bertemu dengan kenalan baru dan lama.

Para pemenang pertandingan motosikal tercantik di Karnival ‘Customer Day’.
Para pemenang pertandingan motosikal tercantik di Karnival ‘Customer Day’.
Para peserta konvoi Yamaha dari Kuala Lumpur selamat tiba ke Yamaha Lifestyle Point, Kuantan turut menyerikan suasana.
Para peserta konvoi Yamaha dari Kuala Lumpur selamat tiba ke Yamaha Lifestyle Point, Kuantan turut menyerikan suasana.

Bagi mereka yang ingin mengunjungi pusat pameran ini, ia terletak di Lot 27, Lorong Padang Lalang 8, 25050 Kuantan, Pahang. Pusat Yamaha Lifestyle ini dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Ia ditutup pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum. RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.