RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Mac 2020

Royal Enfield Year End Ride Ke Pulau Pinang

Sempena dengan penutup hujung tahun 2019, Royal Enfield Malaysia Group dengan kerjasama daripada RE Motorcycles telah menganjurkan Year-End Ride ke Pulau Pinang pada 28-29 Disember lalu. Program selama dua hari ini telah disertai sebanyak 30 buah jentera Royal Enfield pelbagai jenis dan kesemuanya berkongsikan minat dan keterujaan yang sama, mengembara bersama jentera RE.

Lebih menggembirakan, konvoi kali ini turut disertai oleh Pengarah Urusan Chear Motor Resources Group, Dato’ Chear Kin Keong dan Pengurus Besar RE Motorcycles, Dato’ M. Syahrul.

Pada hari pertama, kami bertolak dari R&R Rawang pada pukul 6.30 pagi melalui lebuhraya PLUS dengan penuh disiplin dan berhemah. Konvoi kemudiannya berehat di Hentian Sebelah Juru pada pukul 11.30 pagi dan di sini, kami bertemu dengan rakan pemilik Royal Enfield dari kawasan utara seramai lapan orang. Perjumpaan ini sememangnya dirancang bersama para penunggang dari Penang iaitu dari beberapa kelab motosikal seperti Xtreme Bikers, PGPUM Bikers, NXO dan Juru Bikers.


Dengan bantuan pihak polis dan rakan-rakan bikers, perjalanan kami dari RnR Juru menuju ke Pulau Pinang berjalan dengan lancar dan selamat. Terdapat beberapa acara dan program yang perlu kami hadiri ketika berada di Pulau Mutiara yang dimulakan dengan pelancaran pusat jualan motosikal Royal Enfield di Hot Bike Sdn Bhd, Jalan Jelutong.

Konvoi pada hari itu tamat dengan selamatnya di Garden Inn Hotel yang terletak di Jalan Ansor, George Town. Kami berehat dan bersiap sedia untuk acara pada malam itu. Pada jam 6.00 petang, kami berkumpul semula dan bertolak ke tanah besar dengan menaiki feri.

Sambutan Ulangtahun Bikers SPA & Cafe diadakan di Jalan Kampung Gajah, Butterworth. En Mohd Zaidi bin Zulkifly selaku pengasas Xtreme Bikers Club turut memeriahkan lagi majlis dengan penyampaian tanda penghargaan kepada Dato' Chear dan Dato' Shahrul, rakan-rakan kelab dan para kakitangan mereka. Terdapat juga acara cabutan bertuah, pertunjukan bunga api dan acara memotong kek. Segala kepenatan hilang selepas menikmati makanan sajian yang semuanya lazat-lazat belaka.

Memang seronok dapat bersama-sama dengan rakan-rakan baru dan lama di dalam acara sebegini. Kami dapat meluangkan masa lebih lama dengan rakan-rakan bikers tempatan untuk berkongsikan pengalaman menunggang dan tips untuk kekal selamat di jalan raya.

Hari masih awal tetapi semuanya dah siap lengkap! Jentera dikilatkan.... hidupkan... kami meronda-ronda ke seluruh pulau. Indah sungguh cuaca dan pemandangan Pulau Pinang di waktu pagi. Para penduduk di sini sibuk dengan urusan masing-masing dan hembusan air laut memang benar-benar mengasyikkan.

Tanpa sedar, matahari sudah pun menegak dan kami juga perlu bergegas menuju ke rumah Cikgu Mahazir yang terletak di Taman Koperasi Guru, Bukit Mertajam. Cikgu merupakan pemilik Royal Enfield dan sering kali 'turun padang' mengikuti ride walaupun terpaksa bertemu di Shah Alam. Kami disambut dengan begitu meriah oleh keluarga beliau. Siap pasang khemah lagi.

Sikap cikgu dan ahli keluarganya yang ceria mengubati letih kami. Juadah beraneka 'air tangan' orang Pulau Pinang memang sedap sekali. Setelah selesai acara penyampaian sijil perhargaan kepada beliau, kami pun pulang ke Shah Alam pada pukul 3.30 petang. Syukurlah misi dapat diselesaikan dengan sempurna. Terima kasih semua! RR

- Halim

Isu Pada

Februari 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.