RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Februari 2021

Jentera MV Agusta Perkuatkan Lagi Barisan Polis Milan

Empat buah jentera baru MV Agusta Turismo Veloce Lusso SCS yang menampilan warna biru rasmi pihak polis Itali bakal digunakan untuk memantapkan lagi Unit Bermotosikal 'Nibbio' dalam usaha mempertingkatkan lagi tahap keselematan di jalan-jalan bandar. Jentera terbaru ini akan digabungkan dengan beberapa unit lain MV Agusta Turismo Veloce dan Rivale yang sedang digunakan.

Dari kiri: Simone Corsi,  Giuseppe Petronzi & Timur Sardarov.
Dari kiri: Simone Corsi, Giuseppe Petronzi & Timur Sardarov.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Milan, "Quaestor" Giuseppe Petronzi dan Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Timur Sardarov. Turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut ialah Simone Corsi yang menunggang MV Agusta F2 dengan warna rasmi Organisasi Polis Fiamme Oro di litar Misano pada September lalu.

Kolaborasi di antara MV Agusta dan pihak polis adalah untuk menambah kekuatan Unit Bermotosikal Nibbio mengekalkan kadar keselamatan dan ketenteraman seluruh daerah serta kawasan Milan.

Jentera Turismo Veloce menjadi pilihan di atas ketangkasan dan ciri-ciri praktikalitinya yang mantap. Enjin tiga silinder, berkuasa 110hp dengan kotak barangan sisi 60 liter yang cukup besar untuk mengisi kit kecemasan dan machine-gun. Model ini juga memiliki tangki cukup besar (22 liter) yang menawarkan jarak perjalanan sejauh 300 kilometer. Unit kegunaan polis ini juga dilengkapkan dengan Smart Clutch System (SCS) yang memberi tindak balas klac yang pantas, automatik dan mudah. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.