RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Julai 2021

MV Agusta Lancar Komik Maya. Tampilkan Pelbagai Model Baru!

Buat pertama kalinya dalam sejarah, MV Agusta telah masuk ke alam komik dengan penampilkan barisan model ikonik MV yang dipadankan dengan watak-watak dalam episod “Soul of the Mountain” yang baru sahaja dilancarkan di laman web rasmi MV Agusta.

Cesare merupakan watak utama dalam episode pertama ini yang merupakan seorang pilot helikopter penyelamatan yang juga pencinta motosikal sejati. Di masa lapang, Cesare akan mengembara menaiki Turismo Velove  miliknya ke jalan pergunungan yang indah di sekitar pangkalan udara.

Cesare
Cesare
Maverick
Maverick

Antara jentera MV Agusta yang akan ditampilkan dalam episod-episod akan datang ialah Brutale, Rush, Dragster, F3 dan Turismo Veloce versi Rosso. Antara watak lain ialah dua orang wanita yang memiliki sifat dan wajah yang cantik - mencerminkan ciri serta keperibadian jentera tunggangan mereka.

Projek ini dibangunkan dengan sokongan Scuola Internazionale di Comics di Reggio Emilia,  Akademi Seni Visual dan Media Baru yang merupakan salah satu institut komik terkemuka di Itali.

Konsep komik ini berdasarkan siri kisah pendek atau cerpen yang menceritakan kisah mengenai ‘dunia’ MV Agusta dengan cara yang segar dan menarik. Personaliti setiap jentera MV Agusta dalam siri ini akan disepadankan dengan karaktor dan plot drama yang telah direka begitu teliti.

Valentina
Valentina

“Untuk menarik minat ‘penonton’ dan usaha pemasaran terbaru, kami perlu lakukan sesuatu yang berbeza dan minda yang terbuka. MV Agusta sedang berkembang dengan memasuki segmen lebih segar dan siri komik ini adalah satu revolusi kecil dalam sistem perhubungan dan pemasaran jenama kami. Ini adalah evolusi yang perlu dilakukan untuk generasi muda tetapi pada masa yang sama turut menarik minat para pelanggan yang lebih dewasa,” komen Pengarah Pemasaran MV Agusta Motor S.p.A., Filippo Bassoli.

Kisah yang ditontonkan dalam komik ini ditulis oleh Tomasso De Stefanis, seorang penggiat komik sejak tahun 2007 dan menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Untuk membaca episode pertama, layari: https://www.mvagusta.com/mv-stories#0. RR

Isu Pada

September 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.