RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Julai 2021

MV Agusta Akan Sertai Pameran Motosikal EICMA 2021

Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA terus memberikan khabar gembira apabila mendapat pengesahan daripada MV Agusta yang akan turut serta memeriahkan lagi acara yang berprestij itu.

Ruang pameran MV Agusta di EICMA 2019
Ruang pameran MV Agusta di EICMA 2019

Ikon motosikal dari Itali itu juga memiliki perancangan dan strategi yang mantap untuk mengembangkan kembali jenama MV Agusta menerusi pembangunan model-model baru beserta segmen yang lebih dekat dengan para peminat dua roda.

EICMA akan diadakan pada 23 hingga 28 November 2021 dan dengan jarak masa yang tinggal dalam empat bulan sahaja lagi, pengesahan MV Agusta untuk berada di pentas-pentas pameran sangat mengujakan para pencinta motosikal.

Ruang pameran MV Agusta di EICMA 2019
Ruang pameran MV Agusta di EICMA 2019

“Bagi MV Agusta, pameran motosikal EICMA adalah tarikh penting yang tidak boleh dilupakan kerana ia adalah 'pesta' motosikal bersejarah khususnya buat kami pengeluar dari Itali yang menawarkan motosikal berteknologi tinggi, kejuruteraan moden, penuh gaya unik dan hasil kemasan kerja dari pakar-pakar yang memiliki pengalaman luas,” kata CEO MV Agusta S.p.A., Timur Sardarov. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.