RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Oktober 2021

Pescao Nak Tinggalkan Dunia Perlumbaan Motosikal?

Terkejut...dan pastinya agak sedih selepas mendapat perkhabaran menerusi akaun Instagram pelumba negara Hafizh Syahrin yang memberi 'bayangan' bahawa dia akan tinggalkan dunia perlumbaan.

Dalam satu perkongsian di akaun I.G.nya, pelumba yang popular dengan panggilan Pescao itu bagaikan meluahkan rasa hati dengan kata-kata seperti:

“8 tahun memories. Pahit dan manis in the world championship.”

“Terima kasih semua yang support saya sampai sini dan bantu saya selama ini. Saya takan lupakan anda semua. Mana yang baik, saya ambil dan mana yang buruk saya lupakan.”

“New things saya akan beritahu anda bila kena dengan masa. U guys are awesome!”

Aksi Hafizh Syahrin di Litar Americas baru-baru ini.
Aksi Hafizh Syahrin di Litar Americas baru-baru ini.

Isu berkenaan ini nampaknya bagaikan betul-betul akan berlaku apabila ayah Hafizh Syahrin, Abdullah Harun pula mengeluarkan status di laman FBnya (Deen Smoto) dengan menyatakan: "Jasamu ayah bangga HS55...Maafkan ayah."

Semestinya kita semua tahu tentang perjalanan hebat pelumba berusia 27 tahun itu. Tak akan kita lupa bagaimana HS55 menggamatkan Litar Antarabangsa Sepang ketika kemunculan pertamanya sebagai pelumba wildcard Moto2 pada tahun 2012 lalu! Rasa semangat pastinya berkobar-kobar setiap kali melihat jentera 55 berada di atas litar dari dulu hinggalah ke saat ini.

Kenangan MotoGP Malaysia 2018.
Kenangan MotoGP Malaysia 2018.

Hafizh adalah salah seorang pelumba yang membanggakan negara. Dia merupakan pelumba Malaysia dan Asia pertama yang bersaing dalam kelas prima iaitu dalam pasukan Monster Yamaha Tech 3 pada tahun 2018. Hafizh kini bersaing dalam Moto2 bersama pasukan NTS RW Racing GP dan berada di tangga ke 28 keseluruhan dengan lapan mata.

Kita doakan agar segalanya berjalan lancar dan menunggu dengan sabar berita terbaru dari Hafizh nanti. Kami akan terus sokong! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.