RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Januari 2022

Penunggang Motosikal Bernasib Baik...Nyaris Digilis Lori

Menunggang motosikal di dalam hujan dan jalan yang licin sememangnya menakutkan dan memerlukan tumpuan yang sepenuhnya. Namun begitu, kemalangan kadang-kalanya tetap berlaku walaupun pelbagai langkah keselamatan telah kita ambil. Malang memang tidak berbau.

Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal hampir maut selepas motosikalnya terjatuh di tengah-tengah jalan dan nyaris digilis oleh sebuah treler yang datang dari arah belakang. Dalam situasi cemas itu, penunggang motosikal tersebut sempat bangun dan berlari menyelamatkan diri.

Rakaman kemalangan berdurasi 16 saat tersebut dikongsikan oleh Joanne Chua dan telah tular di media sosial. Netizen yang melihat paparan video tersebut rata-ratanya bersyukur dan amat lega kerana penunggang motosikal tersebut terselamat daripada insiden yang boleh meragut nyawanya.

Berhati-hatilah ketika menunggang dan memandu di dalam hujan kerana ia cukup berbahaya. Bagi rakan-rakan motosikal, jika ingin berhenti, carilah kawasan berteduh yang telah disediakan atau berlindung di tempat yang selamat. Buat mereka yang memandu, kurangkan kelajuan dan sentiasa peka dengan sebarang pergerakan di jalan raya. Semoga kita semua selamat pergi dan kembali ke pangkuan orang tersayang. RR

sumber: Joanne Chua

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.