RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Mac 2022

Penunggang Aksi Stunt, Chris Pfeiffer Meninggal Dunia

Penunggang dan juara dunia aksi 'stunt', Chris Pfeiffer telah disahkan meninggal dunia pada usia 51 tahun. Lebih menyedihkan, kematian tersebut itu juga diklasifikasikan sebagai Kes Bunuh Diri selepas beliau disifatkan telah mengharungi tempoh kemurungan yang panjang. Hampir enam tahun lalu, Pfeiffer bersara dari dunia pertandingan 'stunt' secara profesional, tetapi masih muncul di hadapan penonton.

Chris Pfeiffer merupakan pemenang Red Bull Hare Scramble sebanyak empat kali dan turut meraih pelbagai lagi trofi dan takhta kejuaraan sepanjang tempoh kariernya yang lebih daripada 20 tahun. Penunggang dan pencinta aksi 'stunt' seperti Pfeiffer telah menjadikan sukan yang diceburinya popular. Ini dibuktikan dengan penglibatan pengeluar motosikal sebagai tanda sokongan pada beliau sehingga lahirnya model BMW F 800 R Edisi Chris Pfeiffer.

Menerusi sukan motosikal lagak ngeri yang diminatinya ini, beliau telah menjelajah lebih daripada 90 buah negara. Ketika menyatakan hasratnya untuk bersara, Pfeiffer ingin meluangkan lebih masa bersama keluarga tetapi berjanji akan terus menunggang.

BMW F 800 R Edisi Chris Pfeiffer.
BMW F 800 R Edisi Chris Pfeiffer.

Tanpa disedari oleh dunia, Chris Pfeiffer sedang bergelut dengan kemurungan dan media Jerman melaporkan bahawa dia telah mengambil nyawanya sendiri. Chris Pfeiffer meninggalkan isterinya, Renate dan anak-anak. Lagenda penunggang aksi 'stunt' itu akan dikebumikan pada 26 Mac 2022 nanti di Trauchgau, Jerman.

Kita akan sentiasa mengingati Christ Pfeiffer yang memiliki kemahirannya luar biasa setiap kali beliau menunggang pada motosikal. RR

Info & Kredit Foto: https://www.autoevolution.com/

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.