RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 April 2022

Apa kata Hafizh Syahrin selepas WSBK kali pertama?

Perlumbaan WorldSBK telah kembali! Pada perlumbaan pembukaan tirai musim ini, kita selaku warga Malaysia sudah pasti agak teruja dengan kemunculan Hafizh Syahrin yang beraksi dalam kelas prima bersama pasukan MIE Racing Honda.

Kira-kira dua minggu sebelum perlumbaan bermula, Hafizh telah diberi peluang untuk menguji jentera barunya itu dan ternyata dia semakin selesa setiap kali turun ke litar. Dengan adanya krew yang cukup berpengalaman, segala info dan maklum balas dari Hafizh digunakan sebaik-baiknya untuk mendapatkan talaan yang terbaik. Dalam saingan sulungnya di WorldSBK, Hafizh menamatkan saingan Perlumbaan 1 di tempat ke-21 (bermula di petak ke-23) manakala dalam saingan kedua, Hafizh naik satu tangga iaitu di tempat ke-20.

"Ketika bersaingan dalam Perlumbaan 1, terdapat beberapa titik di trek yang perlu kami perbaiki dan berusaha untuk mencari cengkaman yang lebih baik. Ini adalah agar dapat lebih cepat keluar dari selekoh tetapi yang penting buat masa ini adalah untuk tidak melakukan sebarang kesilapan serta melengkapkan perlumbaan untuk mengumpul sebagai data sebanyak mungkin," komen Hafizh.

“Dalam Perlumbaan 2 saya berasa lebih baik. Pastinya semakin banyak belajar setiap sesi kami keluar, setiap kali kami 'melompat' ke atas jentera ini. Hujung minggu bukanlah sesuatu yang mudah, ia cukup mencabar dapatkan cengkaman, terutamanya di bahagian belakang. Untuk menghentikan motosikal atau sewaktu membelok,  kami guna lebih masa berbanding dengan pelumba lain. Jadi, kami sangat teruja untuk ke Assen di mana kami akan cuba menambah baik dari setiap aspek persediaan," tambahnya.

"Kami mengekalkan motivasi yang tinggi dan fokus, kerana saya tahu bahawa semua orang dalam pasukan MIE Racing mahu keputusan yang bertambah baik. Ini adalah titik permulaan, kami akan cuba menamatkan perlumbaan dan pelajari sebanyak mungkin. Kami berharap dapat menjadi lebih baik dan lebih baik”.

Sememangnya perlumbaan pertama cukup penting untuk membuat penilaian, mendapatkan keserasian dari segi kawalan jentera dan talaan. Didoakan agar dia terus bersemangat...RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.