RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Julai 2015

Kawasaki Lady Bikers Jelajah Semenanjung 2015

Jarang-jarang kita mendengar atau melihat sekumpulan penunggang wanita berkonvoi bersama-sama menjelajah pada jarak yang jauh. Kawasaki Motors Malaysia buat pertama kalinya menganjurkan satu pengembaraan mengelilingi semenanjung Malaysia khusus untuk para penunggang wanita yang memiliki jentera yang sinonim dengan warna hijau ini.

Para peserta gembira dan sempat bergambar  kenangan bersama pihak pengurusan KMSB  setelah menamatkan Kawasaki Lady Bikers  Jelajah Semenanjung 2015.
Para peserta gembira dan sempat bergambar kenangan bersama pihak pengurusan KMSB setelah menamatkan Kawasaki Lady Bikers Jelajah Semenanjung 2015.

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada ahli kelab Kawasaki Lady Bikers telah berjaya membuktikan kaum wanita juga mampu seiring dengan kaum lelaki dalam berekspedisi jarak jauh pada 30 April sehingga 4 Mei lalu. “Bukan mudah untuk mengharungi keseluruhan penjelajahan kerana ada sebilangan daripada mereka masih baru dan pertama kali menyertai konvoi. Terima kasih tidak terhingga kepada kaum wanita yang memilih jenama Kawasaki sebagai pilihan mereka,” kata Penolong Pengurus Besar KMSB, En. Awaluddin Md.Lip.

Waktu makan adalah saat yang ditunggu-tunggu setelah beratus ratus kilometer ditempuhi.
Waktu makan adalah saat yang ditunggu-tunggu setelah beratus ratus kilometer ditempuhi.

“Kawasaki akan sentiasa membantu dan menyokong aktiviti yang berfaedah kepada para pelanggan kami dengan memberikan kemudahan untuk menjayakan usaha mereka. Tahniah saya ucapkan atas kejayaan Kawasaki Lady Bikers menjelajah semenanjung Malaysia,” tambahnya lagi di majlis meraikan kejayaan mereka bersama media pada pertengahan Mei lalu. En. Jeffrey Lim (Pengurus Besar KMSB) juga turut berbesar hati untuk menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta di majlis penghargaan itu.

Di Butterworth, singgah makan tengahari.
Di Butterworth, singgah makan tengahari.

Jarak perjalanan mengelilingi semenanjung tanahair sehingga 2,161 kilometer yang diharungi selama lima hari Kemas & teratur menyusuri perjalanan. Para peserta gembira dan sempat bergambar kenangan bersama pihak pengurusan KMSB setelah menamatkan Kawasaki Lady Bikers Jelajah Semenanjung 2015. Di Negeri Indera Kayangan, Perlis. Di Butterworth, singgah makan tengahari. empat malam nyata memberikan kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh semua peserta. Konvoi turut dibantu oleh empat orang marshal berpengalaman dari Kawasaki dan sebuah van sebagai bantuan jika berlaku kecemasan.

Di Negeri Indera  Kayangan, Perlis
Di Negeri Indera Kayangan, Perlis

Para peserta juga dikenakan yuran sebanyak RM150.00 untuk penginapan sepanjang pengembaraan namun apabila tamat pengembaraan, pihak Kawasaki 'memulangkan' semula RM100 kepada setiap peserta sebagai tanda tahniah kerana menamatkan pengembaraan dengan jayanya. Pengembaraan bermula dari ibu pejabat KMSB di Shah Alam menuju ke utara tanahair iaitu negeri Perlis. Kesemuanya menunggang Kawasaki seperti Ninja ZX-10R, Z800, ER6-N, VN650, Versys 650, Ninja 250 dan Z250. Perjalanan sejauh 550km pada hari pertama melalui lebuhraya utara - selatan telah ditempuhi dengan selamat walaupun cuaca hujan sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama enam jam.

Hentian pertama untuk mengisi petrol di R&R Gunung Semanggol, Perak dan kemudiannya diteruskan menuju Butterworth, Pulau Pinang untuk makan tengahari. Para peserta menjamu selera di sebuah restoran iaitu Restoran Gulai Ikan Sembilang Sungai Dua, terkenal dengan makanan laut yang segar. Seterusnya mereka bergerak menuju Perlis melalui lebuh raya dengan dihidangkan panorama sawah padi menghijau yang terbentang luas sepanjang perjalanan dari Kedah ke Perlis. Homestay di daerah Kangar menjadi pilihan untuk beristirehat setelah mengharungi perjalanan yang jauh.

Bangun pagi-pagi untuk meneruskan pengembaraan pada hari kedua! Konvoi bersemangat dan bergerak dengan lancar pada pukul 8.00 pagi. Destinasi seterusnya adalah negeri Cik Siti Wan Kembang dengan melalui Bandaraya Alor Star – Butterworth - Gerik -Tanah Merah - Kota Bharu sejauh 470 kilometer. Laluan mencabar dan berliku di Gerik Berehat seketika. Makan malam di Pantai Cahaya Bulan Resort. Saliza bersama Kawasaki ZX10R miliknya. Fatin Aina (atas motor)- peserta paling muda. Kawasaki Vulcan 650S amat sesuai untung penunggang wanita. Mengisi masa terluang pada waktu malam dengan permainan yang menghiburkan. menjadi 'santapan' kepada semua peserta dengan dihiasi pemandangan indah bergunung-ganang sepanjang perjalanan ke Tanah Merah.

Di Kelantan, para peserta sempat ber'shopping' di Rantau Panjang untuk membeli ole-ole sebagai kenangan. Di tempat penginapan iaitu Pantai Cahaya Bulan Resort telah diadakan jamuan makan malam untuk meraikan peserta kerana berjaya mengharungi hari kedua penjelajahan dengan selamat.

Berehat seketika.
Berehat seketika.
Mengisi masa terluang pada waktu malam  dengan permainan yang menghiburkan.
Mengisi masa terluang pada waktu malam dengan permainan yang menghiburkan.

Jarak perjalanan sejauh 420 kilometer pada hari ketiga bermula dari Kota Bharu melalui pesisiran pantai yang indah di Rantau Abang (Terengganu) menuju ke Pekan, Pahang. Hujan menyambut ketibaan mereka di Pahang. Tempoh masa yang diambil lebih daripada lima jam nyata tidak melunturkan semangat peserta.

Makan malam di Pantai  Cahaya Bulan Resort.
Makan malam di Pantai Cahaya Bulan Resort.

Pada hari keempatnya (350km), dari Pekan, Pahang mereka melalui daerah Mersing, Johor untuk meneruskan perjalanan ke Melaka. Pengembaraan mereka berhenti seketika di Teluk Iskandar untuk rehat sebelum menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya.

Kawasaki Vulcan 650S  amat sesuai untung  penunggang wanita.
Kawasaki Vulcan 650S amat sesuai untung penunggang wanita.
Saliza bersama  Kawasaki ZX10R miliknya.
Saliza bersama Kawasaki ZX10R miliknya.

Hari terakhir, para penunggang cukup bersemangat untuk meneruskan dan menamatkan perjalanan sejauh 371 kilometer. Selepas mendapat rehat yang secukupnya, pendikit dipulas dari Pantai Pengkalan Balak, Melaka menuju ke Kuala Lumpur untuk mengakhiri jelajah Kawasaki Lady Bikers Peninsular Ride 2015. Sebelum itu, para peserta sempat singgah di Putrajaya untuk bergambar kenangan bersama-sama. Semua peserta amat berpuas hati dan gembira setelah berjaya mengharungi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan ini.

Hari terakhir penjelajahan  berakhir di Putrajaya.
Hari terakhir penjelajahan berakhir di Putrajaya.

“Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pihak KMSB kerana bersamasama menjayakan pengembaraan dan memberi galakan dan bantuan yang amat diperlukan. Terima kasih juga kepada 'abang-abang' marshal yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menjadi penunggang yang berhemah di jalan raya,” kata Puan Saliza Sahbuddin dari Subang yang menunggang ZX-10R.

‘Abang-abang’ marshal yang  membantu melancarkan perjalanan.
‘Abang-abang’ marshal yang membantu melancarkan perjalanan.

Bagi Cik Fatin Aina berusia 19 tahun yang menunggang ER-6N milik ayahnya, ini adalah pengembaraan pertama dan ternyata menguji stamina, kecekalan dan kemahirannya menunggang. Ianya mencabar dan yang paling menggembirakan ialah ditemani oleh rakan-rakan 'senior' seperjuangan yang bukan sahaja dapat memahirkan teknik menunggang tetapi juga dapat menimba ilmu yang berguna kepadanya. Tambahnya lagi, dia berharap pihak KMSB akan terus mengadakan aktiviti seumpama ini untuk menarik minat pelanggan setianya untuk terus maju jaya. RR

Di mercu tanda  negeri Johor.
Di mercu tanda negeri Johor.

Isu Pada

Julai 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.