RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Jun 2022

Warna Baru Yamaha MT-09

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan dua warna baru untuk Yamaha MT-09 yang tampak lebih segar dan menarik. Dua warna baru tersebut adalah Cyan Storm dan Tech Black.

Yamaha MT-09 2022 didatangkan dengan enjin bersesaran 889cc, tiga silinder, empat lejang, DOHC dan sistem penyejuk cecair. Jentera ini menggunakan kotak gear 6 kelajuan serta menawarkan kuasa maksimum 87.5kW (119.0PS) pada 10,000rpm dan tork 93.0Nm (9.5kg-m) pada 7,000rpm.

Antara teknologi yang menarik pada jentera ini adalah sistem IMU yang mengawal Traction Control System (TCS), Slide Control System (SCS) dan Front-Wheel LIF Control System (LIF). Manakala ciri-ciri lain seperti lampu-lampu jenis LED, paparan meter TFT, sistem Quick Shifter, sistem ABS, fork USD, penyerap hentak tunggal, brek-brek jenis cakera dan tangki bahan api 14 liter.

Model ini ditawarkan pada harga yang disyorkan RM54,998 (tanpa insurans dan pendaftaran) beserta waranti selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana terdahulu). Selain itu, setiap pembelian jentera ini akan menerima brek cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma. RR

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.