RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 Julai 2022

Francesco Bagnaia Terlibat Dalam Kemalangan

Pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia (Pecco) terlibat dalam kemalangan di Ibiza Isnin lalu. Pecco dikatakan telah menghadiri majlis keraian bersama rakan-rakannya dan pulang lebih kurang pada jam 3.00 pagi. Ketika tiba di sebuah bulatan (roundabout), kereta yang dipandunya hilang kawalan sehingga masuk ke dalam longkang.

Pihak polis tiba tidak lama kemudian dan Pecco diminta untuk menjalani ujian tahap alkohol (breathalyser) dan mendapati bacaannya berada di tahap 0.87 sedangkan tahap kebenaran di Sepanyol ialah 0.5.

sumber gambar: www.visordown.com
sumber gambar: www.visordown.com

Berikutan dengan isu ini, Bagnaia telah mengeluarkan kenyataan di media sosial pada 5 Julai 2022:

“Malam tadi saya berada di Ibiza bersama rakan-rakan saya untuk menghadiri pesta ketika peluang cuti rehat ini. Kami meraikan kemenangan saya di GP Belanda. Saya keluar dari disko pada pukul 3 pagi dan ketika tiba di bulatan, kereta saya terbabas ke dalam parit tanpa melibatkan kenderaan atau orang lain,” kata Pecco.

“Bagaimanapun, ujian alkohol yang dijalankan pihak polis mendapati paras alkohol dalam darah saya adalah lebih tinggi daripada yang dibenarkan oleh undang-undang Sepanyol. Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Saya bukan seorang kaki minum tetapi ia adalah kecuaian yang serius yang tidak sepatutnya berlaku. Saya telah belajar dari apa yang berlaku,” tambahnya.

Hukuman yang bakal dihadapi Bagnaia masih belum jelas, tetapi situasi itu agak memalukan bagi seorang penunggang yang berada di tahap tertinggi dalam sukan yang diceburinya. Pecco seharusnya lebih matang seperti mana yang dia diucapkannya setiap kali meriah kemenangan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.