RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Oktober 2022

PETRONAS Kekal Sebagai Pembekal Bahan Api Untuk Moto2 dan Moto3

Dorna Sports mengumumkan lanjutan kontrak dengan PETRONAS sebagai pembekal bahan api eksklusif untuk kategori Moto2 dan Moto3 dengan pembaharuan kontrak yang bermula pada 2023.

Sukan ini bergerak ke arah Bahan Api Mampan pada tahun 2024 dan PETRONAS akan memastikan penjanaan kuasa untuk Moto2 dan Moto3 apabila era baharu ini bermula nanti.

Dari kiri: Carmelo Ezpeleta & Datin Anita Azrina Abdul Aziz.
Dari kiri: Carmelo Ezpeleta & Datin Anita Azrina Abdul Aziz.
Kasma Daniel beraksi dalam saingan Moto2 di SIC baru-baru ini.
Kasma Daniel beraksi dalam saingan Moto2 di SIC baru-baru ini.

Kejuaraan MotoGP FIM Dunia akan terus menjadi pemimpin dalam peningkatan ini bermula sebagai makmal ujian perlumbaan, memacu kemajuan dan inovasi dalam usaha membawa dunia ke arah masa depan yang lebih baik.

Di samping membekalkan Moto2 dan Moto3 dengan bahan api berprestasi tinggi dan berkualiti tinggi, perjanjian ini juga dilanjutkan untuk meluaskan pengiklanan, dengan nama PETRONAS ke seluruh dunia.

Azroy Hakeem dari pasukan PETRONAS Mie Racing meraih pengalaman berharga apabila dipilih sebagai pelumba 'widcard'.
Azroy Hakeem dari pasukan PETRONAS Mie Racing meraih pengalaman berharga apabila dipilih sebagai pelumba 'widcard'.

"Saya cukup gembira apabila PETRONAS akan terus menjadi Pembekal Bahan Api Eksklusif untuk Kejuaraan Moto3 dan Moto2 Dunia mulai 2023 dan seterusnya. Melangkah ke hadapan, perkongsian itu akan berkembang dan memperlihatkan PETRONAS bekerjasama lebih rapat dengan Dorna Sports seterusnya mendorong menjadikan kejuaraan itu lebih mampan dan bersih," kata Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz.

"Bagi PETRONAS, kami melihat seruan Dorna untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam MotoGP sebagai kunci dalam membuka peluang baharu untuk mentakrifkan semula pihak kami dalam menghadapi peralihan tenaga,” tambah beliau. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.