RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Disember 2022

Royal Enfield Melabur Dalam Syarikat Pengeluar Motocross Elektrik

Royal Enfield bakal menamatkan tahun 2022 dengan satu berita yang sensasi. Menurut laporan yang dikongsikan oleh www.bikewale.com, syarikat itu telah melabur sejumlah €50 juta dalam Stark Future – sebuah syarikat dari Sepanyol yang merupakan pakar dalam jentera lasak berkuasa elektrik.

Sebagai sebahagian daripada pelaburan ini, Royal Enfield akan memiliki 10.35 % kepentingan dalam Stark Future dan mendapat tempat di lembaga pengarah syarikat tersebur. Selain itu, ia merancang untuk bekerjasama dengan Stark Future dalam mobiliti elektrik dan membina teknologi serta produk baharu untuk pelbagai pasaran.

Sehingga kini, Stark Future hanya mempunyai satu model dalam portfolionya iaitu Stark Varg. Varg ialah jentera lasak (motocross) elektrik, dan pihak mereka mendakwa bahawa ia adalah model motocross elektrik paling canggih di dunia.

Spesifikasi Varg kelihatan cukup mengagumkan kerana ia mampu menghasilkan hantaran kuasa setinggi 80bhp dan tork 938Nm tanpa pengeluaran gas emisi berbahaya. Dengan angka yang begitu kuat dengan keberatan sekitar 110kg, Varg kelihatan memiliki gabungan mantap di antara prestasi dan keseronokan.

Dari segi kuasa bateri, ia mengambil masa satu hingga dua jam untuk mengecas sepenuhnya, dan dengan bekalan kuasa itu (sekali cas), ia boleh ditunggang selama hampir enam jam.

Varg juga dikatakan menggunakan kerangka motocross paling ringan di dalam pasaran. Model ini tidak mempunyai panel meter biasa tetapi didatangkan dengan telefon khas jenis Stark yang boleh dipasang dan dikeluarkan pada bila-bila masa (sama seperti telefon pintar lain). Dengan menggunakan Android Stark Phone, pemilik jentera ini dapat membuat talaan untuk lengkungan kuasa brek enjin dan sistem traction control. Terdapat tiga warna Forest Grey, Stark Red dan Snow White. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.