RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Februari 2023

Ducati Masih Berikan Alasan Tidak Ingin Bina Motosikal Elektrik

Ducati masih mendakwa bahawa mereka tidak dapat membina sebuah motosikal elektrik bagi kegunaan umum, dengan alasan bahawa teknologi bateri sekarang tidak cukup memadai.

Ia berikutan suatu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Amerika Utara, Jason Chinnock kepada media perniagaan Bloomberg: "Ia akan bermakan masa beberapa tahun" sebelum Ducati membina motosikal elektrik buat orang awam kerana, "teknologi bateri masih belum sampai tahapnya."

Kenyataan itu dinampak sebagai bercanggah dengan beberapa perkembangan, antaranya pembabitan Ducati sebagai pembekal motosikal elektrik V21 tunggal di dalam siri perlumbaan MotoE dunia. Selain daripada itu, syarikat induk Ducati, Volkswagen AG telah membuat banyak perkembangan terhadap kenderaan elektrik baru-baru ini. Ducati masih menggangap bahawa jalan penyelesaiannya merupakan bahanapi sintetik untuk menggantikan bahanapi galian.

Tambah lagi, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudi Domenicali sendiri telah bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri yang dibuat pada 2019, "Masa hadapan merupakan elektrik (The future is electric), kami tidak jauh daripada menghasilkan motosikal elektrik secara produksi bersiri."

Dua tahun kemudian, Domenicali membuat u-turn (pusingan haluan) dan mendakwa bahawa Ducati tidak menghasilkan motosikal elektrik dengan menyalahkan teknologi bateri yang sedia ada. Baginya, bateri lithium-ion masih tidak akan akan memberikan kepadatan tenaga yang mencukupi.

Pendapatnya disangkal oleh penganalisa industri kerana telah banyak motosikal yang menggunakan bateri lithium dengan jayanya seperi Zero, Damon dan Energica. Energica merupakan pembekal motosikal lumba untuk siri MotoE sebelum kontrak mereka dengan Dorna berakhir dan Ducati mengambil alih.

Mungkinkah Ducati akan ketinggalan di dalam pasaran elektrik, kerana hampir semua pembuat sedia ada serta syarikat-syarikat baharu sedang pesat membangunkan motosikal eletrik mereka?

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.