RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Mac 2023

Kuala Lumpur Bike Show 2023 Akan Berlangsung Pada 24 - 27 Ogos 2023

Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS '23) buat julung kalinya bakal berlangsung pada 24hb hingga 27hb Ogos 2023 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC). Acara selama empat hari ini akan dibuka pada jam 10:00AM hingga 10:00PM yang dianjurkan oleh Moventuum Sdn Bhd dan Bayu D Enterprise Sdn Bhd (Majalah RodaRoda).

KLBS 23 merupakan pameran motosikal utama di rantau Asia yang menampilkan pelbagai bahagian seperti pelancaran model baru dan inovasi, pembentangan berkenaan motosikal,  bengkel teknikal, pameran serta jualan motosikal, aktiviti luar dan pelbagai lagi acara menarik yang bakal diadakan.

"KLBS 23 terdiri daripada pelbagai elemen yang memberi impak hebat, membolehkan industri-industri mempamerkan rangkaian produk dan perkhidmatan terbaru mereka dan pengunjung dapat menikmati pengalaman emosi baru dalam gaya dunia dua roda," kata Pengarah Urusan Moventuum Sdn Bhd, En. Farouk Nurish

"Pendamik Covid-19 yang melanda dunia memberi kesan buruk terhadap industri pelancongan dan hiburan di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, KLBS 23 adalah sebahagian dalam kebangkitan kedua-dua industri tersebut," tambahnya.

Selain pengunjung dan peserta di Malaysia, KLBS 23 juga akan menyasarkan penunggang dan peminat motosikal di negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia serta akan mengadakan kempen yang lebih luas di sekitar Asia.

"Majalah RodaRoda telah menjadi rutin dalam industri motosikal di Malaysia sejak tahun 1980. Setelah beberapa dekad, majalah ini banyak membantu dalam mewujudkan kominiti peminat motosikal," kata Pengarah Bayu D Enterprise Sdn Bhd, Dr Yusseri Yusoff.

Terdapat beberapa jenis tiket untuk masuk ke KLBS 23. Antaranya untuk satu hari bernilai RM38 (dewasa) dan RM19 (kanak-kanak bawah 12 tahun). Pengunjung juga boleh menikmati tiket untuk empat hari pada harga yang ditawarkan RM68 bagi dewasa dan untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun RM38.

Menariknya, pengunjung boleh mendapatkan harga tiket dengan lebih murah apabila membelinya sebelum 31hb Mei 2023. Ia ditawarkan pada harga RM28 untuk sehari dan RM45 bagi empat hari untuk dewasa. Kadar harga tiket awal untuk kanak-kanak pula mendapat diskaun sebanyak 50% daripada harga dewasa. Tiket KLBS 23 akan tersedia secara talian bermula 1 April 2023 yang boleh didapati di laman web rasmi, http://www.kualalumpurbikeshow.com. RR

Isu Pada

Mei 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.