RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 April 2023

Triumph Memindahkan Sepenuhnya Operasi di India kepada Bajaj

Triumph telah memindahkan sepenuhnya operasi mereka di India kepada Bajaj. Operasi ini termasuk penjualan dan servis, serta pengedaran, pemasaran dan sokongan selepas jualan di negara itu.

Kedua-dua syarikat ini telah memulakan kerjasama pada 2017 untuk menghasilkan motosikal berkapasiti kecil dan pertengahan di antara 200cc hingga 700cc. Ia akan dibina di kilang yang terletak di Chakran, Maharashtra, mengikut spesifikasi Triumph. Motosikal yang pertama yang berupaya sebuah scrambler 350cc hasil kerjasama ini dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi di dalam tahun ini.

Triumph sememangnya terkenal di seluruh dunia, termasuk di India. Kerjasama dengan Bajaj dapat menggunakan rangkaian pengedaran serta sokongan selepas jualan Bajaj. Selain daripada itu, beberapa buah model yang lebih mampu milik dapat membawa lebih ramai peminat kepada jenama Triumph. Bajaj dijangka akan mengembangkan rangkaian Triumph daripada 15 lokasi yang sedia ada kepada 120 dan sekaligus menawarkan model yang baharu itu. Bilik-bilik pameran baharu ini  akan berada di dua peringkat, iaitu motosikal jenis kapasiti kecil manakala bilik pameran di kota-kota utama akan menawarkan model-model yang lebih eksklusif. Apapun, bilik-bilik pameran ini tidak boleh mempamerkan dan menjual motosikal Bajaj.

Kerjasama dengan Triumph menambahkan jenama motosikal yang dibina oleh Bajaj selain daripada KTM dan Husqvarna. Namun, KTM dan Husqvarna tidak akan mencampuri urusan Triumph sama-sekali.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.