RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Mei 2023

Malaysian Autoshow 2023: Mforce Beri Sokongan Padu Dengan Tiga Ruang Pameran

Malaysian Autoshow 2023 yang kini berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dari 4 hingga 7 Mei 2023 telah menerima sambutan yang cukup menggalakkan khususnya daripada para pengeluar motosikal dan kereta. Terdapat tiga dewan pameran untuk edisi kali ini iaitu A, C dan D yang menempatkan pelbagai jenis kenderaan dan juga jenama.

Ruang pameran CFMOTO.
Ruang pameran CFMOTO.

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd hadir ke acara ini dengan memberikan sokongan cukup padu yang dapat dilihat menerusi tiga ruang pameran mereka yang mengagumkan. Antara jenama motosikal yang berada di acara kali ini ialah CFMOTO, WMOTO dan YADEA.

Ruang pameran WMOTO.
Ruang pameran WMOTO.
Model 'naked' Keeness menarik ramai pengunjung ke ruang pameran Yadea.
Model 'naked' Keeness menarik ramai pengunjung ke ruang pameran Yadea.

Para peminat motosikal akan dapat melihat model-model sport dan moden di ruang pameran CFMOTO termasuklah beberapa model-model baru seperti 450SR yang baru dilancarkan di Istanbul bulan lalu dan model-model menarik lain. Nikmati model-model cruiser yang 'cun melecun' apabila masuk ke ruang pameran WMOTO. Antara yang menarik di WMOTO ialah Bobbie VII yang didatangkan dengan 'Sidecar' sekali. Padu!

CFMOTO 700CL-X.
CFMOTO 700CL-X.
E8S TTFar
E8S TTFar

Ayuh melangkah di era kenderaan elektrik dengan melihat dengan lebih dekat model-model baru dari Yadae. Terdapat enam model yang diperkenalkan iaitu Keenes, E8S TTFar, Voltguard, Y1S Pro, C1S Pro dan G5S. Tidak lupa juga sebuah skuter elektrik Elite yang juga tidak kurang hebatnya.

Yadea Y1S Pro.
Yadea Y1S Pro.

Masih belum ada harga rasmi untuk kesemua model-model tersebut tetapi dikatakan Yadea E8S TTFar bakal menjadi model pertama jenama ini yang akan dperkenalkan pada tahun ini. Antara ciri-ciri yang dimilikinya ialah bateri Graphene 72V38AH, ruang bawah pelana cukup besar, panel meter TFT, laju maksimum 60kmj, jalan perjalanan sekitar 200km bateri dicas penuh (kelajuan 40kmj), brek depan/belakang jenis cakera dan berharga sekitar RM5,800. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.