RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Mei 2023

Fantic Caballero 700 Dilancarkan

Motosikal jenis scrambler Fantic Caballero 700 telah dilancarkan. Model ini menambahkan banjaran Caballero yang terdiri daripada model 500cc sebelum ini. Caballero 700 ini sebenarnya menggunakan enjin yang sama dengan Yamaha MT-07, YZF-R7, dan Tenere T7. Enjin dwi-silinder selari dengan aci engkol 270 darjah ini menghasilkan 74hp dan 70Nm.

Pembuat motosikal Fantic yang berasal daripada Itali ini membuktikan bahawa motosikal ini bukan sekadar kecantikan sahaja kerana ia dilengkapi dengan beberapa ciri yang menarik. Contohnya ialah brek kaliper Brembo yang mencengkam cakera 330mm di depan dan 245mm di belakang.

Suspensinya terdiri daripada fork depan 45mm dan penyerap hentakan belakang Marzocchi yang boleh dilaras sepenuhnya. Selain daripada itu, ia juga dilengkapi dengan skrin TFT 3.5 inci dengan sistem kawalan traksi dan mod tunggangan Street, Offroad dan Custom. Sistem ABS untuk membelok merupakan ciri standard. Model ini sungguh ringan dengan keberatan kering hanya 175kg.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.