RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Jun 2023

Solusi-solusi Mudah bagi Menyenangkan Penunggang Motosikal

Kita mungkin membuat perancangan yang terbaik tetapi seperti yang disebut dalam "undang-undang Murphy," apa-apa yang boleh menjadi buruk tetap akan menjadi buruk. Ia boleh berlaku apabila kita bekerja, ketika kita makan, dan pastinya apabila kita menunggang. Pada masa inilah kita sedar bahawa kita patutnya lebih bersedia, namun benda-benda ini tidak pula menjadi apabila kita sudah bersedia, dan kembalilah kita ke apa yang dikatakan oleh Murphy tadi. Tetapi tidak usah risau kerana selalunya ada solusi yang mudah.

Berikut ialah beberapa petua mudah tentang cara membetulkan perkara yang tidak dijangka.

Sudah semestinya kita terdedah kepada persekitaran apabila menunggang. Ini bermakna motosikal kita mungkin terpercik dengan habuk, lumpur, bangkai serangga, tahi burung, dan sebagainya.

Tisu basah bayi menjadikannya lebih mudah untuk mengelapnya dan lebih lembut daripada cuba mengelap dengan kain basah, contohnya skrin atau pelana motosikal. Tisu basah juga cukup lembut untuk digunakan pada pakaian menunggang, samada ia dibuat daripada fabrik atau kulit.

Tisu basah mudah didapati hampir di mana-mana sahaja tetapi kami lebih gemar sediakan jenis anti-bakteria kerana ia boleh digunakan sebagai pengelap tangan serta bahagian-bahagian badan.

Kasut yang basah atau lembap adalah satu benda yang paling menjengkelkan dalam hidup, lebih-lebih lagi apabila anda perlu menunggang untuk beratus kilometer lagi di hadapan. Ambil surat khabar, bulatkan dan masukkan ke dalam kasut anda. Pastikan anda tukar dengan yang baru dan ianya akan kering selepas beberapa jam. Anda juga boleh menggunakan tuala dapur (kertas tisu besar itu). Anda juga boleh berbuat demikian untuk sarung tangan anda.

Solusi terbaik ialah tidak membenarkan kasut kita jadi basah dari awal lagi dengan menyarungkan GIVI SC02 Shoe Cover. Ia ibarat baju hujan untuk kasut kita.

Sebaiknya-baiknya kita membawa tali pengikat yang bergetah atau jaring kargo/jaring helmet tambahan sentiasa. Kita  boleh menggunakannya untuk mengikat bahagian yang longgar, atau bagi membawa barangan tambahan yang tidak dijangka seperti buah tangan.

GIVI menawarkan beberapa jenis tali pengikat dan jaring kargo bagi kegunaan serta saiz yang berlainan. Anda boleh membelinya di GIVI Point mahupun di pengedar barangan GIVI.

Bosan membawa helmet anda ke sana sini ketika sampai di destinasi anda?

Cara membawa helmet yang paling baik ialah dengan beg yang helmet yang disediakan apabila membelinya. Tetapi kami faham bahawa bukan semua penunggang membawa beg itu bersamanya. Perbuatan mengikat tali dagu helmet kepada cangkuk bawah pelana pula merbahaya kerana pencuri akan memotong tali tersebut.

Ada satu cara yang mudah bagi anda yang memakai helmet jenis muka penuh (full-face). Dapatkan kunci jenis kabel atau rantai seperti GIVI TL13 atau TL14, dan gulungkannya melalui suatu tempat motosikal anda yang tidak boleh dialihkan serta melalui pelindung helmet, dan kunci.

Tetapi ingat, tiada solusi mengunci yang 100% selamat, jadi janganlah letak helmet anda di atas motosikal anda untuk jangkamasa yang panjang. Selain daripada itu, letaklah motosikal anda di tempat yang selamat dan tidak terselindung.

Berkenaan solusi yang mudah, pengikat kabel merupakan barangan yang paling berguna. Seseorang yang sentiasa siap sedia dengan pengikat kabel boleh membaikki hampir semua benda. Bahagian yang terjatuh, bahagian yang longgar, bahagian yang terbelah, apa sahaja bahagian. Jadi, beli sendiri satu bekas dan simpan di bawah tempat duduk atau dalam pembawa bagasi anda.

Ruang alat di bawah tempat duduk motosikal biasanya tidak kalis air. Anda mungkin akan mendapati alat-alat anda dilitupi dengan habuk, tanah dan pasir, sehingga mereka kelihatan seperti penemuan barang purba.

Dapatkan pouch beg atau beg kalis air, kemudian letakkan alat-alat, pengikat kabel atau apa sahaja yang anda ada ke dalamnya. Lebih baik lagi, simpan paket gel silika yang disertakan dengan beg tersebut bagi menyerap kelembapan.

Berapa kali anda telah menjumpai parkir yang cantik (seperti di tepi pantai) tetapi tanah di bawahnya basah dan kaki motosikal akan terbenam? Malah permukaan jalan bertar juga menjadi sangat lembut di bawah bahang yang panas. Semestinya anda tidak mahu kembali ke motosikal yang telah tertumbang.

Anda boleh kemekkan tin minuman ringan dan letakkannya di bawah kaki motosikal.

Untuk solusi jangkamasa panjang dan lebih praktikal, anda boleh memasang penjejak yang lebih luas pada kaki motosikal anda. Ia boleh didapati dalam berbagai model untuk motosikal-motosikal berlainan.

Anda telah memakai sarung tangan yang baharu tetapi ia basah? Enjin motosikal moden menghasilkan banyak haba memandangkan kapasiti yang kecil menghasilkan tork dan kuasa kuda (horsepower) yang tinggi. Anda boleh menggunakan haba itu untuk mengeringkan sarung tangan atau stoking anda dengan meletakkan barang basah tadi di atas atau di tepi bahagian enjin yang masih panas.

Itulah beberapa tip dan solusi yang mudah bagi anda. Teruskan bersama kami kerana kami akan mengemukakan banyak lagi idea dan tip untuk keseronokan gaya hidup bermotoskal anda.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.