RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Jun 2023

Apakah Maksud Huruf "W" pada Gred Minyak Hitam?

Baru-baru ini seorang TikTokker yang "agak terkenal" membuat suatu ciapan mengenai "pengetahuan asas mengenai minyak hitam." Usahanya memang bagus tetapi video itu dipenuhi dengan kesilapan. Salah satunya ialah mengenai huruf "W" pada gred kelikatan minyak enjin di mana dia berkata itu, "Suhu mendidih minyak hitam."

Bro, nak kongsi maklumat tu bagus, tapi biarlah betul sebab nanti orang lain dapat info salah tu awak tanggungjawab tak?

Bayangkan anda bermastautin ke negara yang mempunyai empat musim. Apabila tibanya musim salji, semua benda menjadi beku.

Pada suatu masa dahulu, anda terpaksa menggunakan minyak yang lebih likat seperti SAE 40 atau SAE 50 ketika musim panas (suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius atau lebih). Jika tidak minyak itu akan menjadi terlalu cair apabila panas.

Tetapi, minyak itu membeku pula pada musim salji, jadi anda terpaksa tukarkannya kepada minyak yang lebih cair seperti SAE 5 atau SAE 10 agar ia tidak membeku di dalam enjin. Namun, minyak itu boleh jadi terlalu cair apabila enjin sudah berada di suhu operasinya. Gambar di bawah menunjukkan minyak enjin yang telah membeku. Ya, ia kelihatan seperti jeli. Suhu di luar ketika ini berada pada -30 darjah Celsius.

Minyak jenis ini dipanggil minyak gred kelikatan tunggal (single viscosity grade oil). Okey, kita parking  maklumat ini dahulu.

Jadi, jurutera minyak pun berfikir... "Bolehkan kita rumuskan suatu minyak yang tidak membeku ketika musim salji tetapi tidak menjadi terlalu cair apabila panas?"

Akhirnya mereka menjumpai bahan tambahan (additive) yang membolehkan minyak enjin berciri sebegitu. Maka terlahirlah minyak gred kelikatan berganda (multigrade engine oil) atau seperti yang kita kenali sebagai contohnya SAE 10W-40, SAE 15W-50, dll.

Ya betul, "W" bermaksud musim salji (winter), dan nombor yang di depan huruf "W" merupakan gred musim salji minyak tersebut. Justeru, 10W bermaksud "minyak ini mempunyai gred kelikatan musim salji SAE 10." Dalam erti kata lain, minyak itu tidak membeku, sebaliknya masih kekalkan gred SAE 10 ketika apa-apa sahaja sekeliling blok enjin telah membeku.

BUKAN TAHAP DIDIH MINYAK, Abang oih!

Oleh yang demikian, gred SAE yang bernombor dan huruf W tidak berkenaan langsung dengan cuaca di Malaysia. Kami ulam... eh.. ulang, TIDAK BERKENAAN LANGSUNG.

Kerana cuaca di sini tidak ada musim salji di mana suhu akan daripada 0 darjah Celsius dan ke bawah seperti -10 darjah Celsius dan sebagainya.

Gred kelikatan yang berkenaan bagi kita ialah angka yang kedua dalam turutan ini: 10W-40. Nombor yang kedua ini merupakan "summer grade" (gred musim panas) kerana cuaca kita berada di sekitar 30 darjah Celsius.

Betul, enjin lebih sejuk jika kita berada di tempat-tempat tanah tinggi seperti Genting Highland dan Cameron Highland di mana suhu boleh turun sehingga 15 darjah Celsius. Walapun begitu, hakikatnya tetap sama: Suhu di sana tidak cukup untuk membeku. Jadi, penggunaan minyak enjin yang ada angka W yang lebih kecil (seperti 0W atau 5W) tidak memberikan apa-apa faedah kerana enjin akan cepat sampai suhu operasi di negara kita (serta di rantau ini).

Ini kerana produk tersebut juga dijual di negara-negara lain, termasuk di mana terdapat musim salji.

Ini suatu soalan yang bernas. Memang betul sesuatu cecair yang lebih cair lebih cepat membeku berbanding dengan cecair yang lebih pekat.

Tetapi ingat, minyak enjin bukan minyak semata-mata tetapi terdapat campuran bahan tambahan (additives). Bahan tambahan inilah yang akan memberikan ciri-ciri anti-pembekuan ketika musim sejuk. Dan sebab bahan tambahan inilah kita dapat minyak multigrade.

Harap anda mendapat sedikit sebanyak info yang berguna di sini. Maklumat yang dikongsikan di sini ialah melalui pengesahan pakar minyak enjin, bukan budak TikTok timbang kilo.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.