RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Ogos 2023

Warna Baharu untuk Banjaran Sportbike Naked Suzuki GSX-S (2024)

Banjaran sportbike naked Suzuki GSX-S yang popular akan mendapat warna-warna baharu untuk model tahun 2024.

Banjaran model ini terdiri daripada dua model utama iaitu GSX-S1000 dan GSX-S800. Kedua-dua model ini juga terdapat di pasaran Malaysia, tetapi pelancaran warna-warna baharu ini dilakukan secara serentak dengan pengumuman yang mereka akan dijual di pasaran Amerika Syarikat.

  • Enjinnya merupakan jenis empat lejang, empat silinder selari 999cc. Ia sebenarnya diadaptasi daripada enjin sportbike Suzuki yang paling terkenal iaitu GSX-R1000 K5.
  • Enjin ini dilaras untuk memberikan lebih banyak tork bagi kesesuaian tunggangan jalanan, dan menghasilkan 150hp dan tork 108 Nm.
  • Untuk tahun hadapan model GSX-S1000 ini mendapat trotel elektronik. Ia memberikan beberapa mod tunggangan yang boleh dipilih dan dilaraskan melalui skrin TFT yang baharu.
  • Breknya juga menggunakan jenama Brembo dan disokong oleh sistem ABS.
  • Warna-warna baharu ialah Metallic Triton Blue dengan bahagian putih. Terdapat juga Metallic Matte Sword Silver dengan bahagian-bahagina merah di fairing depan dan ekor.

  • Tiada perubahan buat model dengan pengendalian yang amat tangkas ini. Tetapi ia ditawarkan di dalam warna Glass Matte Mechanical Gray, Cosmic Blue, dan Metallic Matte Black No. 2.
  • Ia menggunakan empat lejang, enjin dua silinder selari dengan aci engkol 270 darjah yang mirip dengan pemasaan pembakaran sebuah enjin V-Twin 90 darjah yang seperti pada XV650 sebelum ini.
  • Terdapat juga mod tunggangan dan kawalan traksi yang boleh dipilih melalui skrin TFT-nya, serta sistem brek ABS.

Isu Pada

Oktober 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.