RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Ogos 2023

Suzuki Hayabusa akan Dapat Ciri VVT?

Suzuki Hayabusa merupakan "King of Speed" apabila ia dilancarkan pada 1998 apabila ia mencatatkan sejarah sebagai motosikal yang terlaju dengan mengalahkan Honda CBX1100R 'Super Black Bird'. Kawasaki kemudiannya melancarkan Ninja ZX-14R untuk merampas kembali takhta itu tetapi itu menyebabkan para politik Eropah yang mengugut akan mengharamkan motosikal seperti ini jika 'top speed' mereka terus melonjak tinggi. Akhirnya, pembuat motosikal bersetuju untuk menghadkan 'top speed' motosikal mereka di bawah 299 km/j dengan sebulat suara.

Setelah itu, terdapat beberapa lagi motosikal yang dapat memecut dengan lebih pantas daripada Hayabusa, termasuklah Kawasaki H2 yang menggunakan supercharger.

Suzuki melancarkan Hayabusa semula pada 2021 dengan enjin yang mematuhi piawaian emisi Euro 5. Namun, Suzuki tidak ingin berhenti di sana sahaja dan akan mengemukan ciri VVT (Variable Valve Timing - Pemasaan Injap Pembolehubah). Ciri akan membuatkan motosikal ini lebih senang ditunggang serta mengurangkan lagi emisi ekzos.

Seperti namanya, Ciri VVT dapat mengubah pemasaan serta durasi pembukaan injap kemasukan dan ekzos, berbanding dengan enjin-enjin "biasa" yang mengharapkan tahap prestasi kemuncak pada sesuatu julat RPM sahaja. Oleh itu, enjin yang menggunakan VVT boleh ditala untuk memberikan tork yang kuat pada RPM rendah dan pertengahan, serta kuasa maksimum (HP) pada RPM yang tinggi. Emisi ekzos berkurangan kerana hanya sebanyak bahanapi yang perlu untuk disuntik ke dalam enjin dan ia tidak terbuang sebagai sisa yang tidak habis dibakar.

Ciri VVT bukanlah sesuatu teknologi yang baharu buat Suzuki kerana mereka telah pernah menggunakannya pada model GSX-R1000RR yang telah diberhentikan produksinya.

Sistem VVT Suzuki berbeza daripada pembuat yang lain kerana ia menggunakan tekanan minyak untuk mengaktifkan solenoid untuk mengubah pemasaan injap kemasukan dan ekzos secara bebas daripada satu sama lain.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.