RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Oktober 2023

Syarikat Induk KTM, Pierer Mobility Dijangka Jadi Penaung MV Agusta Jelang 2026

Syarikat induk KTM, Pierer Mobility telah menjadi sebuah empayar motosikal dunia dan sekarang telah menjadi penaung kepada beberapa jenama besar yang lain termasuklah Husqvarna, GasGas. Mereka telah juga memegang 25.1 peratus saham MV Agusta sejak 2022 untuk mengendalikan operasi bekalan dan pembelian, serta pengagihan melalui rangkain pengedar KTM di seluruh dunia.

Kemudiannya bermulalah beberapa "plot twist" (babak drama). Ketua Pierer Mobility, Stefan Pierer serta ahli lembaga pengarah Hubert Trunkenpolz (keluarga Trunkenpolz merupakan huruf "T" di dalam nama KTM) mula membuat beberapa kenyataan akhbar mengenai masa depan syarikat mereka, termasuklah mengambil alih MV Agusta sepenuhnya. Kenyataan ini dijawab dengan agak tegas pula oleh Ketau Pegawai Eksekutif MV Agusta, Timur Sardarov, yang mengatakan dia tidak mahu syarikatnya diambil alih oleh KTM.

Tetapi nampaknya Pierer Mobility tidak mahu mengalah. Mereka telah mengeluarkan satu lagi kenyataan berkenaan "keputusan strategik syarikat" pada 24 Oktober. Tajuk kenyataan ini ialah "Mengeratkan Kerjasama dengan MV Agusta." Tajuk itu diikuti dengan ayat subjek "KTM AG dan MV Agusta bersetuju untuk berbincang mengenai pegangan saham majoriti." 

Tambah lagi, dokumen itu menunjukkan kenyataan, "Perbincangan untuk pengambilan saham majoriti yang diberikan kepada KTM ialah mengikut kitaran kewangan pada 31 Disember 2025, oleh itu pengambilan saham majoriti di dalam MV Agusta akan dilakukan di dalam musim bunga 2026."

KTM amat agresif di dalam usaha meluaskan empayar mereka jadi kita hanya dapat menunggukan apa yang akan terhasil daripada MV Agusta jika mereka dapat mengambil alih lebih banyak saham. Pemegang saham majoriti mendapat hak untuk membuat keputusan di dalam sesebuah syarikat.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.