RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Oktober 2023

Jambatan Kedua Pulau Pinang Retak?

Kerajaan negeri Pulau Pinang menyangkal dakwaan berlaku keretakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang seperti ditularkan di media sosial.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata pihaknya sudah membuat semakan bersama Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dan mendapati insiden keretakan jambatan seperti dipaparkan video terbabit berlaku di luar negara pada 2014.

"Sedang tular di kumpulan WhatsApp berkaitan penyebaran video kononnya Jambatan Pulau Pinang retak seperti dalam video, namun, "Hasil semakan mendapati ia adalah video lama dan insiden itu berlaku di luar negara sekitar tahun 2014," katanya dalam kenyataan.

Zairil menggesa penyebaran video memaparkan berita palsu dan tidak sahih sedemikian dihentikan supaya tidak menimbulkan ketakutan kepada masyarakat umum.

Sementara itu, jurucakap JKSB turut mengesahkan insiden itu tidak berlaku di negeri tersebut.

"Saya boleh mengesahkan ia tidak berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Faktanya ia tidak berlaku di Malaysia," katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Terdahulu video tular berdurasi 28 saat memaparkan sebuah jambatan yang didakwa Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang popular dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang retak bersama mesej memberi amaran kepada pengguna supaya berhati-hati.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.