RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2019

Benelli Best-Shop Pertama Di Negeri Sembilan

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar jentera Benelli telah melancarkan kedai eksklusif Benelli Best Shop yang pertama di Negeri Sembilan pada penghujung September lalu. Dengan perasmian itu, ia merupakan kedai eksklusif jenama Benelli yang kelima di Malaysia. Hadir menyempurnakan majlis perasmian pada hari itu ialah Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad dan ditemani oleh Pengarah Urusan Sendayan Motor (Nilai) Sdn Bhd,  En. Goh Poh Ser.

“Benelli memiliki sejarah yang cukup cemerlang di dalam dunia motosikal dan dibuktikan dengan permintaan tinggi untuk pelbagai model dan saiz enjin di seluruh dunia. Saban hari komuniti pemilik jentera Benelli di Malaysia juga semakin berkembang dengan bangganya. Dengan adanya Benelli Best-Shop dan pusat servis di Nilai ini, pengguna Benelli di Negeri Sembilan tidak perlu risau untuk mendapatkan servis dan barangan Benelli yang sah,” kata En. Asri.

Model-model keluaran Benelli telah mendapat sambutan yang cukup baik di Malaysia selepas pelancaran beberapa model motosikal seperti RFS 150i, TRK 502X, TRK 251, Leoncino 250 termasuklah dua model terkini iaitu 150S dan 502C.

Pameran kedai motosikal ini dilengkapi dengan ruang pameran yang disusun cukup kemas, pusat servis yang selesa dan alat ganti yang tulen. Untuk memeriahkan lagi majlis perasmian Benelli Best-Shop tersebut, turut diadakan ialah acara aksi 'stunt show' yang dipersembahkan oleh En. Apollo dengan memacu jentera Benelli Leoncino 500. Kemantapan dan kelincahan jentera tersebut meraih tepukan gemuruh daripada para tetamu yang hadir. Acara kemuncak pada hari itu ialah sesi Cabutan Bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah hebat dan menarik!

Benelli BEST-Shop Nilai terletak di No. 7170, Jalan BBN 1/11A, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Ia beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu dari jam 9.30 pagi hingga 7.30 malam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Benelli BEST-Shop Sendayan Motor Nilai di talian 06-7991590 atau layari laman sesawang Benelli di https://malaysia. benelli.com/ atau laman facebook https:// fb.com/malaysia.benelli. RR

Isu Pada

November 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.