RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 November 2023

Suzuki Monsoon Getaway 2023 - Pantai Lagenda, Pekan, Pahang

Tahniah buat Suzuki Malaysia Sdn Bhd di atas kejayaan menganjurkan Suzuki Monsoon Getaway 2023 di Pantai Lagenda, Pekan, Pahang pada 28hb Oktober 2023. Penganjuran seperti ini merupakan julung kalinya dibuat oleh pihak Suzuki Malaysia bagi mengumpulkan para pemilik motosikal Suzuki dari seluruh Malaysia.

Para peserta mula membanjiri perkarangan Pantai Lagenda seawal 9 pagi. Menjelang tengah hari, deruman jentera-jentera Suzuki seperti V-Strom, Raider, GSX-R150, GSX-S150, TXR, RG Sport, RGV, Hayabusa, GSX-S750, Burgman dan macam-macam model lagi semakin memeriahkan suasana di pantai.

Tapak pameran dihiasi dengan pelbagai barangan dari pengeluar seperti minyak pelincir, tayar, aksesori motosikal, alat ganti motosikal, barangan menunggang, perkhidmatan insurans, perkhidmatan kewangan, merchandise dan banyak lagi.

Manakala ruangan promosi Suzuki mempamerkan model-model terkini antaranya GSX-S8, V-Strom 800DE, V-Strom 1050DE, Hayabusa edisi ke-25 tahun, V-Strom 1050, GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R150 Fi.

Pihak penganjur turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat pemilik-pemilik jentera Suzuki. Antara aktiviti pantai seperti pertandingan bowling kelapa, belon air, tarik guni, sepakan penalti dan tarik tali. Manakala untuk motosikal paling cantik dipertandingkan kepada tiga kategori seperti Raider, 250cc dan 251cc ke atas. Para peserta juga berpeluang menyertai aktiviti Motor Adventure Ride menggunakan motosikal masing-masing.

Aktiviti di sebelah malam dimeriahkan dengan beberapa acara seperti sesi cabutan bertuah, pertandingan menyanyi, sesi penyampaian hadiah dan sesi BBQ. Para pengunjung dan peserta dihiburkan dengan kugiran daripada kumpulan Super 6 Band. Selebriti popular, Kamal Adli turut dijemput bagi menceriakan suasana pada hari penganjuran.

Tahniah kepada Puan Siti Aisah membawa pulang Suzuki SV650.
Tahniah kepada Puan Siti Aisah membawa pulang Suzuki SV650.

Tahniah kepada pemenang utama cabutan bertuah, Puan Siti Aisah yang berjaya membawa pulang Suzuki SV650. Tahniah juga kepada pihak Suzuki dan para peserta yang menjayakan acara Suzuki Monsoon Getaway 2023. RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.