RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 November 2023

Boon Siew Honda Perkenalkan Warna Baru Untuk ADV160

Boon Siew Honda (BSH) telah menampilkan warna baru untuk model skuter mereka iaitu ADV160. Warna yang diperkenalkan itu adalah Force Silver dan ditawarkan pada harga bilik pameran disyorkan RM12,999 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran).

Honda ADV160 2023 dikuasakan enjin 156.9cc, silinder tunggal dan sistem penyejuk cecair. Jentera yang dilengkapi teknologi Smart Power Plus (eSP+) dapat menghasilkan kuasa maksimum 11.8kW pada 8,500rpm dan tork 14.7Nm pada 6,500rpm. Manakala ciri menarik yang hadir pada ADV160 ini seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC) bagi menyelaraskan kuasa enjin untuk mengoptimumkan tork agar roda belakang tidak mudah tergelincir.

Ciri-ciri lain adalah tinggi pelana 780mm, lampu-lampu LED, paparan meter LCD, cermin penghadang angin boleh laras, ruang bawah pelana 30 liter dan brek-brek cakera.

Honda ADV160 dalam warna baru ini tersedia di semua pengedar sah Honda seluruh negara bermula 7 November 2023. RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.