RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Disember 2023

Giliran Kedah Laksanakan Garisan Jalan 'Glow in the Dark'

Selepas Semenyih, garisan jalan 'glow in the dark' pertama di Kedah dilaksanakan di Padang Sanai di Padang Terap, dekat sini.

Kredit Foto: FB JKR Kedah.
Kredit Foto: FB JKR Kedah.

Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Sumber Air serta Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria, garisan jalan itu adalah sepanjang tiga kilometer (km). Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang berkata, buat masa ini, garisan jalan 'glow in the dark' itu adalah pertama di Kedah dan terpanjang di Malaysia.

Kredit Foto: FB JKR Kedah.
Kredit Foto: FB JKR Kedah.
Kredit Foto: FB JKR Kedah.
Kredit Foto: FB JKR Kedah.

"Alhamdulillah, siap dipasang di jalan Padang Sanai/ Durian Burung. Terima kasih Pegawai Kewangan Negeri yang meluluskan peruntukan ini.

"Terima kasih Jabatan Kerja Raya Padang Terap/Pokok Sena yang berusaha keras untuk kesejahteraan rakyat," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau memaklumkan, projek garisan jalan yang siap dibina pada Selasa lepas berkenaan memberikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Tambahnya, Kedah juga memiliki kelebihan lain iaitu hanya memerlukan lebih empat jam untuk menyimpan tenaga solar berbanding negeri lain yang memerlukan enam jam.

Kredit Foto: FB JKR Kedah.
Kredit Foto: FB JKR Kedah.

Dalam perkembangan sama, JKR Padang Terap/ Pokok Sena dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook mereka memaklumkan jalan bercahaya dalam gelap (glow in the dark) kini sedang diuji di Jalan Padang Sanai/Durian Burung (K11), Kedah.

"Lawatan tapak di Jalan Padang Sanai / Durian Burung (K11) bagi meninjau keadaan garisan jalan jenis ‘glow in the dark’ ketika waktu malam," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.