RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Januari 2024

Media Motosikal Jepun 'dapat' berita angin tentang Z400RS......

Majalah motosikal Jepun, “Young Machine” telah memberikan beberapa pandangan tentang kehadiran jentera retro 'bogel' baru dari Kawasaki. Model yang digembar-gemburkan ialah Z400RS, dan sudah pasti para peminat motosikal sudah dapat mengagak bagaimana rupabentuk jentera yang dimaksudkan ini.

Kawasaki Z650RS.
Kawasaki Z650RS.

Kita tahu dan sudah mengenalkan model Z900RS dan Z650RS yang sudah berada di pasaran global dan sudah pasti rekaan model baru siri RS nanti seperti kedua-dua motosikal tersebut. Berkenaan dengan spesifikasi enjin model Z400RS ini pula tentu datangnya daripada model sport, ZX-4R.

Seperti kedua-dua model RS yang sedia ada, formula yang digunakan untuk menghasilkan sebuah model baharu yang berpotensi ini agak mudah. Keluarkan fairing dan mana-mana bahagian yang nampak moden dan pasangkan tangki bahan api retro yang sesuai, lampu depan bulat, cermin sisi bulat, panel meter juga tidak ketinggalan dan cipta unit ekor/subframe bersesuaian dengan gaya baru.

Kawasaki Z900RS.
Kawasaki Z900RS.

Akhirnya sekali, kerja-kerja cat yang tepat perlu dilakukan mengikut sejarah pengeluaran motosikal di masa lalu. Bunyinya mudah, bukan? Jika benar...model ini dikatakan akan menemui peminatnya pada tahun 2025 nanti.

Untuk makluman, Ninja ZX-4R menghasilkan 77bhp dan 28 lb-ft tork, manakala Z650RS yang sedia ada pula menghasilkan sedikit kuasa (67bhp) tetapi memiliki kuasa tork lebih baik (47 lb-ft).

Kawasaki ZX-4RR.
Kawasaki ZX-4RR.

Jadi persoalan untuk bakal pemilik baharu model baharu yang dikhabarkan ini ialah: adakah anda akan menunggang Z400RS empat sebaris dengan hantaran kuasa lebih padu tetapi tork rendah, atau Z650RS dengan enjin kembar selari yang sudah tersedia (dan mungkin harganya pula lebih berbaloi)?

Kita tunggu dan lihat. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.