RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Januari 2024

Kemalangan maut penunggang motosikal dengan dua buah kereta

KLUANG – Seorang buruh ladang kelapa sawit warga Bangladesh maut akibat dilanggar dua buah kenderaan dalam kejadian di Kilometer 66 Jalan Kota Tinggi – Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam, mangsa yang maut merupakan seorang lelaki warga Bangladesh, Mohammad Arsad, 37.

Katanya, kemalangan melibatkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dan dua buah kereta jenis Perodua Myvi serta Honda Accord masing-masing dipandu lelaki 29 hingga 34 tahun.

Kredit Foto: Kosmo
Kredit Foto: Kosmo

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketiga-tiga kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari arah Kluang ke Kota Tinggi.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta Perodua Myvi telah terlanggar motosikal ditunggang mangsa yang tidak mempunyai lampu hadapan dan belakang.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa telah terjatuh dan dilanggar kereta Honda Accord yang berada di belakang menyebabkannya mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.