RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Januari 2024

Kementerian Pengangkutan: Tiada lagi majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya

Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk tidak menganjurkan majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya bagi setiap musim perayaan peringkat kementerian itu mulai tahun ini.

Menterinya, YB Anthony Loke, menegaskan keputusan itu dibuat bagi menjimatkan kos penganjuran yang menelan antara RM100,000 ke RM200,000 bagi setiap majlis. Sebaliknya, perbelanjaan terbabit boleh disalurkan untuk menambah baik kempen keselamatan sedia ada yang boleh memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

"Mulai tahun ini, tiada lagi majlis pelancaran (kempen keselamatan jalan raya) kerana tanpa majlis pelancaran itu pun, operasi JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) tetap berjalan, operasi bersepadu pun tetap diadakan dan undang-undang tetap dikuat kuasakan.

"Namun, jika ada syarikat swasta nak buat kempen, itu terpulang kepada mereka. Yang saya hentikan ialah bajet kementerian sebab kita akan guna untuk tujuan lebih baik, mungkin berikan topi keledar percuma bernilai RM55 setiap satunya kerana kami dapati masih ada yang menggunakan topi keledar lusuh," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat 2024 Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Loke memaklumkan Kementerian Pengangkutan memberi tumpuan terhadap empat fokus utama tahun ini:

  1. Memperkasa jaringan ketersambungan dan kebolehcapaian sistem pengangkutan awam dan logistik. Jelasnya, ia sejajar dengan anjakan besar Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi.
  2. Aspek keselamatan sektor darat, udara dan maritim. "Tahun lalu, hampir 7,000 terkorban dalam nahas jalan raya, jadi isu keselamatan pengguna ini menjadi keutamaan Kementerian Pengangkutan dan memastikan program yang bakal dilaksanakan kelak, perlu mencapai tujuannya.
  3. Penyelenggaraan infrastruktur, perkhidmatan dan rangkaian pengangkutan.
  4. Inovasi pendigitalan dan pengukuhan keupayaan penggunaan data.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.