RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 September 2023

Macam- Macam Ada di Kawasaki Green Mania

Untuk memberi pendedahan mengenai prestasi dan rekabentuk jentera Kawasaki terbaru kepada para pengguna motosikal, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) selaku pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia telah menganjurkan acara Kawasaki Green Mania pada 6hb Ogos 2023 lalu bertempat di Discovery Park, Gamuda Cove, Selangor.

Tujuan utama penganjuran karnival ini adalah untuk memberi peluang kepada para peminat motosikal menunggang uji serta merasai sendiri kuasa jentera Kawasaki khususnya barisan model terkini – Z900, Z900SE, Z650, Ninja 650 dan Versys 650. Ruang tunggang uji yang cukup luas memberi keselesaan buat para pengunjung untuk mengendalikan motosikal-motosikal di sepanjang hari. Para pengunjung berpeluang untuk bertemu dengan para mekanik terlatih dari Kawasaki yang sentiasa bersedia untuk menjawab segala persoalan.

Turut dimaklumkan pada hari tersebut ialah pembukaan tempahan bagi model 'panas' yang sangat ditunggu-tunggu iaitu Modenas Ninja ZX-25R yang dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2023. Walaupun belum ada pengumuman harga rasminya, dijangkakan ZX-25R bakal ditawarkan pada harga di bawah RM40,000. Sama-sama kita tunggu ye!

Selain itu, pihak EMOS telah mengambil peluang di acara tersebut dengan melancarkan Modenas Ninja 650, Z650 dan Versys 650. Kita mulakan dengan Ninja 650 yang hadir dengan dua pilihan warna iaitu Metallic Matte Graphenestell Gray (RM35,200) manakala warna Lime Green/Ebony (RM35,900).

Model jalanan, Modenas Z650 pula ditawarkan pada harga RM34,500 untuk skema warna Metallic Spark Black dan RM35,200 untuk warna Metallic Matte Graphenesteel Gray. Untuk model kembara, Versys 650 pula ditawarkan pada harga RM38,400 (Metallic Spark Black) dan RM39,100 untuk warna Candy Limegreen/Metallic Spark Black.

Info ringkas:
Ninja 650 & Z650: Enjin 649cc, kuasa maksimum 67.3hp pada 8,000rpm dan tork 65.7 Nm pada 6,5000rpm, sistem traction control (KTRC), panel meter TFT dan kerangka yang bertegaran tinggi.

Versys 650: Enjin Euro5, kuasa maksimum 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm. Model ini juga hadir dengan panel meter jenis TFT, sistem traction control (KTRC), sistem ABS dan sistem sambungan Kawasaki Rideology.

Di penghujung penganjuran Kawasaki Green Mania ini berjaya mengumpulkan seramai 3,755 pengunjung dengan sebanyak 2,363 sesi tunggang uji dijalankan. RR

Isu Pada

September 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.