RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Januari 2024

EMOS Lancar Pusat 4S Kawasaki di Kuching, Sarawak

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah merasmikan pembukaan pusat 4S Kawasaki yang pertama di Malaysia Timur yang terletak di Kuching, Sarawak.

Kawasaki Kuching diuruskan oleh Ghee Hua Co Sdn Bhd yang merupakan pusat pameran bertaraf All-Star yang ketiga di seluruh Malaysia dengan menawarkan pilihan model motosikal Kawasaki yang menarik.

Majlis perasmian ini dilancarkan oleh Pengarah Kawasaki Kuching & Ghee Hua Group, En. Law Kin Hin bersama Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, En. Roslan Roskan. Turut hadir sebagai tetamu terhormat bagi memeriahkan lagi acara, YB Dato Sri Abd Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak.

Info: Ghee Hua mula ditubuhkan pada tahun 1968 dengan memulakan perniagaan menjual basikal dan mula berkembang dengan penjualan motosikal pada tahun 1970.

Ghee Hua dan MODENAS telah menjadi rakan kongsi yang dipercayai sejak tahun 2000, muncul sebagai pengedar sah MODENAS paling lama di wilayah Kuching. Hubungan selama 24 tahun ini amat penting dalam mempromosikan perniagan dan produk MODENAS.

Dengan penubuhan Kawasaki Kuching, EMOS yakin dapat merancakkan lagi pasaran motosikal Kawasaki dan MODENAS di Sabah dan Sarawak. Syarikat itu bercadang untuk melengkapkan 10 pusat 4S Kawasaki pada tahun 2024 dan melantik 5 pengedar All-star tambahan dalam tahun yang sama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kawasaki dan pengedar sah, sila layari laman web rasmi Kawasaki di http://www.kawasaki.com.my/kawasaki/shop. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.