RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Januari 2024

Suzuki Malaysia Lancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2024

Sri Kembangan: "Keprihatinan Anda, Keselamatan Bersama" - itulah tema yang digunakan dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya 2024 anjuran AMI-Suzuki Malaysia bersempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini. Inisiatif ini adalah anjuran buat kali kedua Suzuki Malaysia dan kali ke-7 untuk  kumpulan syarikat AFY Mobility Industries (AMI).

Para VVIP melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2024.
Para VVIP melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2024.

Tema kali ini memberi tumpuan kepada keprihatinan yang diharapkan dari pihak pengguna jalan raya, khususnya penunggang dan pembonceng motosikal. Majlis perasmian kempen ini telah diadakan di Plaza Tol Sungai Besi (Arah Selatan) dan disempurnakan oleh Pengurusi Eksekutif Kumpulan Syarikat AMI, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya ditemani oleh Dato’ Wee Hong dan Dato'Jeffrey Lim.

Wakil Suzuki Malaysia 'kanan sekali' memberi penerangan mengenai 16 bahagian penting yang dibuat pemeriksaan keselamatan.
Wakil Suzuki Malaysia 'kanan sekali' memberi penerangan mengenai 16 bahagian penting yang dibuat pemeriksaan keselamatan.
Suzuki GSX110 milik En. Lau 'bertopi keledar' yang berusia 27 tahun.
Suzuki GSX110 milik En. Lau 'bertopi keledar' yang berusia 27 tahun.

Acara yang dianjurkan ini telah menyaksikan kehadiran lebih daripada 500 orang pengguna motosikal yang memanfaatkan tawaran percuma untuk Pemeriksaan Keselamatan pada 16 bahagian motosikal oleh mekanik Suzuki yang terlatih. Pemeriksaan berdaftar juga turut menyediakan penukaran topi keledar lama dengan yang baru, sarung tangan dan jaket keselamatan secara percuma.

Menurut Pengurusi Eksekutif Kumpulan Syarikat AMI, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya, “Suzuki Malaysia berharap penglibatan dan usaha dalam penganjuran Kempen Keselamatan Jalan Raya ini dapat membantu usaha pihak kerajaan dalam menyebarkan maklumat mengenai keselamatan jalan raya selain membantu mengurangkan statistik kemalangan dan kehilangan jiwa terutamanya yang melibatkan kalangan penunggang motosikal.”

Kempen ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA) dan turut disokong oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS). RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.