RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Januari 2024

Litar Laguna Seca Disaman kerana Pencemaran Bunyi

Pengelola dan tuan punya litar lumba lagenda, Laguna Seca di Amerika Syarikat telah disaman kerana pencemaran bunyi.

Pihak yang mengemukakan saman merupakan beberapa penduduk di sekitar litar itu yang menggelarkan diri mereka kumpulan Highway 68 Coalition. Kumpulan itu mendakwa bahawa aktiviti di atas litar itu menghasilkan bunyi amat kuat khususnya ketika perlumbaan hujung minggu dan hari trek yang mengganggu ketenteraman komuniti mereka.

Pengelola litar tersebut, Friends of Laguna Seca (FLS) mengulas bahawa kumpulan itu ingin merosakan hak pemegangan litar serta pembaik pulihan litar. FLS juga berkata yang mereka telah pun meletakkan beberapa kaedah untuk mengurangkan bunyi. Selain daripada itu, pendapatan daripada segala aktivi ialah untuk kebaikan Daerah Monterey di mana terletaknya Laguna Seca.

Saman itu menyebut bahawa aktiviti di atas litar bukan dikurangkan, malah telah bertambah dan tahap bunyi bising tidak terjaga di bawah tahap yang diluluskan. Aktiviti-aktiviti tersebut juga menambahkan kesesakan trafik, mengganggu bekalan dan kualiti air, air kotor serta sampah tidak dibuang dengan sempurna, serta peluasan kawasan berkelah.

Apapun, majlis Daerah Monterey berkata saman daripada Highway 68 Coalition tidak masuk akal, dan kesal terdapat orang yang boleh membuat aduan terhadap sebuah litar lagenda. Oleh itu, tiada perubahan kepada aktiviti yang telah dijadualkan bagi 2024.

Kami bersetuju dengan majlis Daerah Monterey kerana sesuatu litar sememangnya tempat untuk berlumba dan bunyi bising sudah merupakan sesuatu kebiasaan. Tetapi itulah salah satu hakikat kehidupan di Amerika Syarikat di mana "budaya saman" berleluasa, selagi terdapat peguam yang akan membuat sebarang kes saman demi untuk mengaut keutungan dengan mencari mangsa yang "mudah" di sana.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.