RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Februari 2024

Pembantu jurutera maut, seorang lagi parah kemalangan motosikal & kereta

MELAKA – Seorang pembantu jurutera maut, manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam nahas di lampu isyarat Taman Paya Emas Lebuh Sungai Udang – Paya Rumput – Ayer Keroh (SPA) di sini, malam tadi.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, mangsa, Amir Asyraaf Abdul Zalil, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R15M meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Seorang lagi mangsa, Shahrom Nizam Sukri, 38, yang merupakan jurutera Petronas mengalami kecederaan parah di kepala dan menerima rawatan di Zon Merah Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian si mati yang bekerja di Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) dalam perjalanan dari arah Batu Berendam menghala ke Masjid Tanah.

“Ketika itu mangsa sedang bergerak lurus sebelum tiba-tiba sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu Shahrom dari arah Sungai Udang telah membelok ke arah kanan jalan menyebabkan berlakunya perlanggaran.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan, manakala pemandu Viva mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dalam keadaan diintubasi di Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis syif bekerja.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

“Pegawai penyiasat telah mendapatkan rakaman papan pemuka kereta daripada orang awam. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya RR.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700