RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Februari 2024

Ulang-Alik Ratusan Kilometer Menunggang Motosikal Jual Sayur Kampung

Taiping - Seorang wanita sanggup menempuh perjalanan melebihi ratusan kilometer demi kelangsungan hidup sejak pertengahan tahun lalu.

Siti Norol Salwani Ismail, 29, hanya menunggang motosikal lebih 300 kilometer dari Changkat Jering untuk menjual sayur kampung segar di Kuala Lumpur setiap hujung minggu.

Beliau berkata, idea menjual sayur kampung dari Changkat Jering ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras tercetus selepas dia terbeli pucuk paku yang sudah tua dan sayur lain yang tidak segar selain harga yang mahal ketika berada di sana tahun lalu.

"Sejak kejadian itu, terus terlintas di fikiran saya untuk menjual hasil sayur segar yang murah dan mudah didapati di kawasan Bukit Gantang dan Changkat Jering dengan penduduk sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, perniagaan ini dimulakan sejak bulan Julai 2023 dan menjangkakan mendapat sambutan yang hangat dari penduduk kawasan tersebut. Hasil perniagaanya, Salwani memperolehi kira-kira RM300 sehari menerusi jualan sayur-sayur kampung itu.

Salwani mula berniaga menjual sayur pada jam 3 petang atau 5 petang sehingga malam pada harga yang sama seperti di Changkat Jering, cuma berbeza dari segi kesegarannya. Harga yang dia jual bermula RM2.00 hingga RM10.00 seikat.

"Hampir setiap minggu saya ulang-alik dari Changkat Jering ke Ibu Kota dengan hanya menunggang motosikal jenis Honda Dash."

Beliau yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihannya pada jumaat lalu berkata, dia menerima galakkan daripada suaminya untuk meneruskan minatnya dalam perkerjaan itu. Perniagaannya dihentikan sementara pada awal tahun ini bagi menguruskan urusan perkahwinan.

Tambahan pula suaminya, Hazimin Radzi, 34, tidak melarang malah ingin merancang bersama-sama berniaga di sana.

Dia tetap akan meneruskan perniagaannya selepas menerima motosikal baru apabila motosikal lamanya telah rosak.

Kisah perjalanan hidup Siti Norol Salwani Ismail mendapat perhatian apabila kisahnya itu turut dikongsi di Tik Tok serta laman sosial Facebook The Solo Rider Malaysia. RR

Sumber berita:  http://hmetro.com.my/

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.